[VIDEO] Agak ‘Rare’ Di Malaysia! Datuk Aaron Aziz Beli Kereta Mewah Baru, Ini Keunikannya

Pernah dengar kereta berjenama Tesla? Kereta jenama ini memang susah untuk dilihat di jalan raya, ini kerana  Tesla tidak dijual di Malaysia secara rasmi. Namun pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya berjaya memiliki kereta idamannya ini. Tidak dapat dipastikan model Tesla yang dimiliki oleh Aaron, namun kemungkinan besar jenis model S jika dilihat pada bentuknya.

Jom tengok video Aaron melaram bersama dengan kereta mewah terbarunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Menurut Aaron, setelah penat bekerja keras mengusahakan perniagaan,  dia akhirnya dapat memiliki sebuah kereta berasal dari Amerika Syarikat ini.

“Alhamdulilah, akhirnya dapat juga sebiji kereta Tesla. Bukan senang nak dapatkan kereta ini dekat Malaysia. Kerja keras, doa, InsyaAllah siapa pun boleh dapat apa yang mereka idamkan”- tulisnya di Instagram sambil memuatnaik video dia membuat uji pandu kereta tersebut.

Suka untuk kami kongsikan beberapa fakta tentang kereta jenama ini Tesla ini,  ia merupakan pengeluar model kenderaan elektrik (EV) dan boleh dikatakan antara salah satu syarikat pengeluar kenderaan elektrik yang terbaik di dunia. Difahamkan harga untuk sebiji boleh mencecah sehingan RM500k, boleh tahan mahal kan?

Memiliki Skrin kawalan dan sistem infotainmen terbesar

Foto: Stuff Singapore

Antara paling unik yang tidak ada pada kereta lain, Tesla dilengkapi dengan panel skrin kawalan dan sistem infotainmen terbesar di bahagian dashboard kereta. Untuk Tesla Model S,  dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 17 inci. Panel skrin kawalan yang bersaiz besar ini berfungsi sebagai panel kawalan tunggal untuk pemanduan, navigasi, muzik dan sebagainya. Selain panel skrin kawalan terbesar, model Tesla juga turut menawarkan perlindungan daripada biowarfare atau kuman.

Foto: Paultan

Dipetik dari Paultan, model elektrik Tesla diiktiraf sebagai kenderaan EV paling selamat untuk digunakan. Tesla Model 3 misalnya, merupakan salah satu model kereta elektrik Tesla paling selamat. Model ini diiktiraf oleh Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Nasional atau National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA). Prosedur ujian yang dilakukan terhadap Tesla Model 3 mencatatkan kebarangkalian risiko kecederaan akibat kem4l4ng4n paling rendah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*