Mimpi lelaki berjubah putih ubah hidup bekas ketua k0ngsi gelap

Sik: Pernah menjadi b4ndu4n akhir di penj4ra, tiada siapa menyangka bekas ketua kongsi gelap akhirnya diberi hidayah kembali kepada fitrah.

Mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2014, akhirnya Muhammad Nur Chua Abdullah, 40, dibebaskan dari penj4ra pada Oktober 2018.

Katanya, hidupnya berubah apabila mula mengenali Islam secara lebih mendalam termasuk mengamalkannya.

Menceritakan detik perubahannya, Muhammad Nur berkata, segalanya bermula ketika berada di penj4ra dia bermimpi didatangi lelaki berjubah putih yang memanggilnya dengan nama Muhammad Nur.

“Dalam mimpi itu saya bercakap dalam bahasa Arab dengan lelaki yang bertongkat dan memegang al-Quran yang memanggil saya dengan nama Muhammad Nur. Saya katakan kepadanya kamu tersilap kerana saya adalah Cina dan bukan Islam.

“Mimpi yang sama berulang setiap malam hampir dua bulan sehingga saya bermimpi lelaki itu menyebut dalam bahasa Arab yang bermaksud bertaubat sebelum terlambat, yakin pada Allah, kita akan jadi seperti bayi baru lahir dan bersih,” katanya.

Dia ditemui selepas menjadi penerima pertama Program Pembangunan Saudara Baharu Daerah Sik anjuran Yayasan Al-Khalifah dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di Kampung Dusun Pengapit, Jeneri, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Perkim Kedah, Turedy Abdullah dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah, Ibrahim Lai.

Muhammad Nur berkata, selepas sering mendapat mimpi yang sama, dia bertanyakan kepada pegawai penj4ra mengenai petanda mimpi itu dan diberitahu ia hidayah Allah.

Katanya, dia tidak terus memelvk Islam sebaliknya memberitahu pegawai itu hanya akan memeIuk Islam selepas Allah menunjukkan kekuasaan-Nya.

“Saya beritahu kepada pegawai itu sekiranya Allah kuat dan berkuasa, Allah akan bebaskan saya dari penj4ra sebelum ke t4li g4ntung. Dengan izin Allah tidak lama kemudian saya mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong ke-14 iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah.

“Akhirnya saya menyedari bahawa Allah memilih saya untuk kembali ke jalan yang benar, selepas keluar dari penj4ra saya terus memeIuk Islam di Perkim di Pulau Pinang pada Disember 2018,” katanya yang berada di dalam tirai besi selama 18 tahun.

Selepas memeluk Islam, dia mendalami ilmu agama di sebuah pondok di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan selama dua tahun sebelum ke pondok Madrasah Nurul Ihsan di Kodiang, Kubang Pasu selama setahun.

“Di Madrasah Nurul Ihsan, guru saya yang dikenali sebagai Ustaz Azizan memberi kepercayaan kepada saya menjadi bilal di surau, saya sangat bersyukur ditemukan dengan insan yang baik selepas keluar dari penj4ra.

“Dulu saya pernah ditemb4k dan ced3ra par4h ditet4k di kepala, Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa untuk saya sehingga saya kembali kepada fitrah.

“Kini saya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak tiri, tanggungjawab ini saya akan pikul sebaiknya, terima kasih kepada Perkim dan Yayasan Al-Khalifah kerana banyak membantu saya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Al-Khalifah, Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, menerusi Program Pembangunan Saudara Baharu Daerah Sik, Muhammad Nur bersama keluarganya akan tinggal di rumah disediakan oleh yayasan dan akan diberi kemahiran untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

“Terdapat seorang hamba Allah yang sudi mewakafkan kira-kira dua hektar tanahnya di kampung ini untuk dijadikan pusat pembangunan saudara Islam baharu, selain rumah kita bercadang dirikan sebuah premis memproses keropok ikan agar mereka dapat bekerja di sini.

“Kita jangka seramai lima peserta akan mendapat manfaat daripada program pembangunan berkenaan pada tahun ini,” katanya ketika dihubungi.

 

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*