[VIDEO] Menang Naib Johan Bintang Kecil, Rakan Artis & Peminat Puji Ernie Zakri

Tular di media sosial milik penyanyi berbakat, Ernie Zakri berkongsi video lama yang diambil dari TikTok Radio Televisyen Malaysia (RTM) mencuri perhatian ramai rakan selebriti dan para peminatnya.

Naib Johan Bintang Kecil

Tuah membawa mendendangkan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Cuti-Cuti Malaysia membuatkan Ernie berjaya membolot naib johan dalam pertandingan nyanyian Bintang Kecil waktu itu. Menerusi kapsyen penulisan Ernie, penyanyi berbakat ini memilih lagu tersebut kerana itu pilihan ibu bapanya.

“Comel tak saya @syamel_official. Masa ni minat sangat lagu Cuti Cuti Malaysia @ctdk kebetulan tahun tu tahun Melawat Malaysia. Papa mama putuskan untuk saya nyanyi lagu ini, alhamdulillah dapatlah Naib Johan Bintang Kecil.” tulisnya

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @erniezakri

Kenangan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2002

Mengintip dari Insta-Stories Ernie, rakannya Vj Skano memuatnaik foto lama mereka semasa menyertai program pertandingan nyanyian tersebut pada tahun 2002.

“Kenangan Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2002” tulis Vk Skano

 

via Instagram @erniezakri / @vjskano

Rakan Artis Dan Peminat Banjiri Ruang Komen

Melihat video lama pertandingan tersebut, ramai rakan selebriti serta para peminatnya memuji bakat nyanyian serta wajah Ernie masa kecil di ruangan komen posting video tersebut.

“Comelnya adik.. Muka sama je ek” komen Indah Ruhaila

“MashaAllah Subhanallah” ucap Faizal Tahir

“Alaa comelnya” kata Elvina Mohamad

via Instagram @erniezakri

“Kecil-kecil lagi dah berbakat, patutlah sedap suara”

“Ini tahun 2002 kan?”

“Muka tak berubah, comel!” komen peminat

Untuk rekod selain menyertai pertandingan Bintang Kecil pada tahun 2002, Ernie juga menyertai Bintang RTM (BRTM) pada tahun 2009 semasa berusia 17 tahun dan merupakan juara termuda pada waktu itu dengan membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang bernilai RM20,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*