Netizen doa isteri Yonnyboii dapat hidayah kembali bertudung, Nik Nazira akui masih belajar

MENGHADIRI acara Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu tanpa mengenakan tudung, isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira Narriman menerima kec4man netizen dengan hati terbuka.

Enggan ambil pusing dengan komen yang ditulis mengenai imej terkininya itu, Nik Nazira atau Nina, 23, menjelaskan dia masih dalam proses belajar bertudung sejak setahun lalu.

“Saya tak kisah apa pun orang nak cakap. Sebenarnya saya baru saja cuba-cuba bertudung. Yang dah lama kenal dan follow saya di media sosial, mereka mesti dah lama tahu.

“Bukannya saya memang seumur hidup dah bertudung dan sekarang baru buka… saya sedang belajar dan mencuba bertudung semasa PKP dulu.

“Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata,” katanya kepada mStar.

yonny 2

Yonnyboii dan isteri ketika acara karpet merah AJL36

Pada Ahad, penampilan Nik Nazira menemani suaminya di malam kemuncak AJL36 tanpa mengenakan tudung menjadi perhatian netizen di laman sosial.

Rata-ratanya memintanya kembali mengenakan hijab dan berharap Yonnyboii dapat membimbing isterinya itu ke jalan lebih baik.

“Semoga menjadi suami soleh Yonnyboii. Pelan-pelan ajak isteri menutup aur4t. Semoga menjadi suami isteri yang bermanfaat kepada umat lain.

“Bertudung lebih manis, moga diberi hidayah,” kata beberapa netizen.

Dalam pada itu, Nik Nazira berkata dia tidak membaca komen netizen di media sosial.

 

Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata

NIK NAZIRA

 

Malah, dia tidak terasa hati dengan kec4man yang ditulis itu.

“Sejujurnya saya memang tak buka Facebook, malah tak baca pun apa komen yang mereka tulis. Tak rasa stresss pun. Apa mereka nak cakap, terpulanglah.

“Suami pun memahami situasi saya dan kami sekarang sama-sama belajar untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Ini merupakan penampilan kedua Nik Nazira di majlis hiburan tanpa mengenakan tudung.

yonny 1

Pasangan ini berkahwin pada November 2021

Semasa Majlis Penganugerah Muzik 2021 Joox pada 17 Februari lalu, Nik Nazira turut menemani suaminya dengan imej ‘freehair’.

Menerusi temubual bersama mStar, Yonnyboii berkata dia sudah bersedia jika penampilan isterinya tanpa tudung itu diketahui umum.

“Isteri masih muda jadi saya enggan memaksanya. Dia memang masih belum bertudung penuh dan sedang belajar lagi.

“Saya sudah tiga tahun dalam industri dan sudah lali berdepan dengan krit1kan netizen… kec4man itu biasalah. Pengalaman ini sudah pun saya kongsikan dengan isteri supaya dia tidak terkejut,” katanya seperti dilaporkan mStar sebelum ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*