“Susahnya nak dapat awak ni..” – Tak Putus Asa, Siti Elizad Jalani Raw4tan IVF Kedua

Selepas lebih setahun merehatkan diri, pelakon Siti Elizad kembali menjalani proses raw4tan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Elizad, dia melakukan raw4tan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.

“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama. Insha-Allah soon, journey ke-2. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rah1m dulu pagi ni,” tulisnya yang juga penyampai radio Sinar.

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan raw4tan berkenaan berjaya dengan izinNya.

Rata-rata rakan artis dan pengikut menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhi4nati itu agar proses IV berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

Terdahulu, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menjalani raw4tan pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami kegugvran pada November tahun sama.

Sekadar info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Komen Netizen:

Sumber : Instagram Siti Elizad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*