Kongsi video 4ksi gh4ir4h,Ini Kata2 Zul Ariffin Mengenai Video Bab4k ‘Pan4s’

SELEPAS teruk dikec4m gara-gara membangkitkan kemar4han ramai dengan klip aksi pan4s, pelakon Zul Ariffin akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram pada Isnin.

Zul, 35, berkata, dia akan lebih berhati-hati memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk tujuan promosi.

“Dengan hati terbuka saya ambil maklum di atas respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

zul menteri 3Zul Ariffin teruk dikec4m muat naik video berunsur luc4h.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak gh4ir4h dalam drama lakonannya berjudul Perempuan Itu di platform berkenaan.

Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan.

ZUL ARIFFIN

PELAKON

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Bagaimanapun, pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang boc0r itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen dan hanya untuk tujuan publisiti.

Zul Ariffin 2

Zul Ariffin terima teguran daripada semua pihak.

Klip video berdurasi kira-kira satu minit itu turut menerima respons Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Idris Ahmad yang mengakui bimbang jika hiburan yang dipersembahkan kepada penonton itu melampaui batas.

Dia juga akan menghubungi pihak yang terlibat untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini ditegah dan diubah dengan hikmah.

Sementara itu, TV3 dalam satu kenyataan memandang serius dan mengambil berat suara ramai mangerai petikan adegan dalam drama Perempuan Itu.

Malah babak pan4s itu tiada dalam perbincangan atau mendapatkan kelulusan daripada pihak stesen tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*