Aishah Kongsi Pengalaman Jalani Ibadah Puasa Lepas Pembed4han Bariatrik?

Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang sunyi s3ketika di media sosial kini kembali aktif dengan berkongsi perihal diri di Instagram nya. Melihat muatnaik terkini beliau, Aishah berkongsi pengalamannya berpuasa setelah menjalani pembed4han bariatrik.

Akui Rasa Mencab4r Berpuasa

Biduanita negara ini berkongsi diawal berpuasa beliau akui rasa mencabar kerana perut menjadi kecil selepas pembed4han, namun selepas memberi masa tiga hingga empat hari Aishah mengatakan badannya kini sudah stabil berpuasa.

via (IG) Datuk Wan Aishah Wan Ariffin

“Untuk mereka yang pernah melalui pembed4han bariatrik, berpuasa satu cabaran. Bila perut dah kecil, kita hanya boleh makan jumlah yang sedikit dalam satu waktu jadi kita juga akan cepat lapar.

Bagi saya, saya beri masa untuk badan membiasakan diri untuk 3-4 hari yang pertama.

Saya kosongkan jadual kerja, tapi bila di rumah macam-macam juga yang nak dibuat. Memang hari-hari awal akan terasa cabaran berpuasa tetapi hari ini saya dah mula merasakan badan saya stabil berpuasa.” Kongsinya

Rehatkan Diri Selepas Buat Aktiviti

Menurut Aishah, beliau akan merehatkan diri setiapkan kali melakukan sebarang kerja atau aktiviti jadi ia bukan satu masalah bagi mereka yang menjalani pembed4han bariatrik untuk berpuasa sambil melakukan tugasan.

“Saya akan rehatkan diri selepas setiap aktiviti yang saya buat. InsyaAllah tak ada masalah berpuasa walau pernah jalani pembed4han bariatrik. Kita hanya perlu kenal diri kita dan keperluan kita. Kita buat dia, kita boleh ‘adjust accordingly’.” Tulisnya

Dalam pada itu, Aishah juga menasihati mereka yang pernah jalani pembed4han bariatrik tidak cepat berasa tertekan kerana menjalani ibadah puasa kerana tubuh manusia sangat mudah menyesuaikan diri dengan perubahan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*