Baru Je Dicer4i Talak Satu, Tul4r Pula Laporan P0lis Terhadap Mak Wan Latah. Tapi Bukan Bekas Suami Yg Buat

KETIKA terpalit isu diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin, kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya kerana l4ngg4r kontrak.

Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa telah mel4ngg4r perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena j4ngkit4n cov1d-19.

Laporan bertarikh 8 April itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja telah dibuat.

“Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja.

Mak Wan did4kwa men1pu tidak hadir penggambaran.

“Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua,” tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April lalu, Mak Wan memaklumkan dia terkena j4ngkitan cov1d-19 dan menghantar bukti ujian saliva.

Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu

“Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu.

“Pihak syarikat juga mendapat tahu dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan,” menurut laporan itu.

Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain.

“Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena cov1d-19. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain.

“Bila call block semua nombor,” seperti ditulis dalam laporan itu.

Mak Wan bercerai dengan Husain selepas tiga bulan berkahwin.

“Nabi Muhammad Yang Baik Pun Orang Fitn4hkan…” -Lama Berdiam Diri, Mak Wan Mula Bersuara

Pelakon veteran, Mak Wan mengakui berada dalam fasa gembira buat masa ini, sungguhpun pelbagai cakap-cakap nakal dalam kalangan netizen bertebaran apabila dia bercer4i hanya selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Sedang Tunggu Tawaran Kerja

“Saya sekarang happy, macam lapan tahun dahulu. I’m back to normal. Sekarang ni saya sedang menunggu tawaran kerja.

“Rutin bekerja pun sama seperti sebelum-sebelum ini, tetapi lebih fokus pada seni, dunia dan akhirat,” katanya kepada Gempak.

Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka hatinya kepada orang lain setakat ini.

“Tak kut… janji tidak, tapi Allah punya kuasa… Buat masa ini, taklah kut. Takut pisang berbuah empat kali.

“Tapi saya bersyukur kerana diberi k3sihatan yang baik, diberikan tenaga untuk bekerja sendiri. Daripada saya mengharapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mak Wan turut memberi komen mengenai ulasan-ulasan yang dibuat oleh netizen mengenai dirinya di alam maya.

“Buat masa ni, dalam bulan puasa tak nak jawab apa-apa. Tak nak aibkan siapa-siapa.

Nabi Muhammad yang baik pun orang fitn4h, apatah kita manusia biasa. Saya diam, biar Allah yang tentukan segalanya. Saya reda, sebab bulan puasa kita nak cari pahala,” tuturnya.

Terdahulu, perkahwinan antara Mak Wan dan bekas suami, Husain Dolah sampai ke penghujung apabila Husain melafazkan cerai terhadap dirinya di mahk4m4h Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahk4m4h dengan alasan tertentu.

Untuk rekod, mereka telah disatukan pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

kredit: astro gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*