‘Hanya pelvk4n kasih sayang, kekeluargaan’ – Nora Danish

Kuala Lumpur: “Ia hanya pelukan kasih sayang, kekeluargaan. Tak ada ‘feeling’ dan nafsu. Beego dah macam abang saya, Aziz M Osman pula dah seperti bapa kami semua,”

Demikian kata pelakon Nora Danish, 39, berhubung video berpelvkannya bersama Beego dan Aziz yang dimuat naik di akaun Instagram serta dikec4m hebat oleh netizen.

Nora berkata memang banyak hantarannya di media sosial yang dikec4m oleh netizen, namun dia enggan melayannya kerana beranggapan warga maya tidak mengenali dirinya secara peribadi.

“Saya memang tak layan komen-komen negatif daripada netizen yang suka mengec4m ini kerana mereka (netizen) tidak kenal kami semua terutama saya sendiri.

“Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kec4man yang dilemparkan itu,” katanya ditemui pada sidang media virtual sitkom Puteri Reunion, baru-baru ini.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, lagipun sudah 15 tahun dia tidak berjumpa dengan rakan pelakon drama Puteri yang pernah mengangkat namanya di awal kemunculan dulu.

“Jadi, bila dapat berjumpa itu untuk kami ‘shooting’ sama-sama semula selepas 15 tahun, saya amat menghargai setiap momen di set penggambaran dan kita buatlah benda-benda yang dirindukan.

“Pada saya, kalau nak cakap mengenai foto memeluk Beego dan Aziz itu, rasanya ia tak perlu dijadikan isu kerana mereka sudah saya anggap seperti abang dan bapa sendiri,” katanya.

Nora berkata, apa saja yang dikongsikannya di media sosial itu bermakna dia juga sudah bersedia untuk menghadapi sebarang risiko seperti kec4man netizen.

“Bagaimanapun, jika ada yang terlepas pandang sesuatu perkara itu, saya sentiasa terbuka menerima teguran daripada suami, ibu dan juga kenalan rapat untuk diambil peduli,” katanya lagi.

Ujar Nora, dia juga sebenarnya sudah mempersiapkan diri terutama daripada aspek mental sebelum memuat naik sebarang hantaran di akaun media sosialnya kerana faham dengan komen netizen.

 Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*