‘Mak Dh Lama Bersedia Utk Pergi’ – Luahan Anak Aripah Damanhuri, Dah Sedia Melepaskan Ibu Mereka

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Aripah Damanhuri, 73, kini ditidurkan di unit kecem4san Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disyaki mendapat jangk1tan kum4n dalam paru-paru, sejak semalam.

Berita itu dimaklumkan anak bongsunya, Fais Nurpais Ismail.

Fais berkata, selepas ibunya tidak menunjukkan tanda-tanda responsif, sebelum mereka memanggil ambulans untuk membawanya ke HKL, pada malam Jumaat lalu.

“Doktor memaklumkan paras oksigen sudah menurun pada 80 peratus. Pada sebelah siang, oksigen masih pada tahap baik, sebanyak 99 peratus.

“Dan ketika ambulans tiba, paras oksigen mak menurun. Sampai di hospital, paras oksigen dan tekanan d4r4h semakin rendah, jadi doktor memutuskan untuk menidurkan mak bagi memastikan paras oksigen semakin baik.

“Dalam masa sama, doktor cuba stabilkan tekanan d4r4hnya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagaimanapun, Fais berkata, paras oksigen dan tekanan d4r4h masih naik turun dan belum stabil.

Tambah Fais, mereka sekeluarga kini sedang menunggu perkembangan yang seterusnya.

“Setakat tinggalkan pada jam 2.30 pagi semalam, mak masih dalam wad peralihan dan ditidurkan.

“Namun, kakak, Ayu Zurina sudah menandatangani kebenaran untuk mak ditempatkan ke wad biasa dan kini sedang menunggu kekosongan.

“Selepas dipindahkan ke wad biasa, mak terus sambung bantuan pernafasan dan ubatan diberikan sejak memasuki zon kuning.

“Cuma, isteri memaklumkan doktor ada memberitahu, ubatan ini akan bertahan lebih kurang sehari dan selepas itu, kami perlu bersedia atas apa juga kemungkinan termasuklah pemergian mak.

“Insya-Allah, kami reda jika ini terbaik buatnya. Walaupun dalam hati masih mengharapkan k3sembuhan, namun, Allah lebih mengetahui,” katanya.

Keluarga perlu bersedia apa sahaja kemungkinan berikutan ubatan yang diberikan kepada Arifah hanya mampu bertahan dalam masa sehari. – Foto Facebook Arifah Damanhuri

Ekoran itu, Fais berkata, doktor memberikan dua pilihan kepada mereka sekeluarga.

“Pilihan pertama, mak dipindahkan ke wad biasa dengan ubatan yang sedia ada, agar ahli keluarga boleh melawat mak buat kali terakhir sebelum pergi selamanya.

“Atau pilihan kedua, buat dialisis untuk keluarkan semua toksin dalam badan, namun ris1ko jantung terhenti bila-bila masa adalah sangat tinggi.

“Kami adik-beradik putuskan pilihan pertama. Sebab kami tahu, mak sudah lama bersedia untuk pergi,” katanya.

Tambah Fais, mereka juga kena bersedia melepaskan ibu dan perlu reda dengan apa sahaja yang terjadi.

“Mungkin Allah sudah tetapkan bahagian mak di dunia hanya setakat ini. Jadi, hanya setakat ini sahaj4lah perjalanan mak.

“Biarlah mak pergi dengan aman jika benar inilah waktunya. Biarlah pem3rgian mak diiringi kasih sayang mereka yang menyayanginya.

“Semoga malaikat Allah mencatatkan betapa kami sudah berusaha sekadar mampu kami untuk kebaikan mak. Mungkin selepas 73 tahun, inilah masanya mak benar-benar berehat dari fitn4h dunia,” katanya.

Walaupun begitu, Fais berkata, mereka tidak akan berhenti berharap Allah menyembuhkan ibu mereka.

Sebelum ini, Aripah pernah dua hingga tiga kali memasuki hospital. Kali terakhir, untuk rawatan sak1t gout pada awal bulan ini.

Aripah yang juga kakak kepada pelakon Normah Damanhuri banyak membintangi drama sejak 1980-an.

Bagaimanapun apabila ditanya mengenai karier lakonan ibunya, Fais berkata ibunya sudah lama tidak berlakon.

“Sudah lebih kurang empat hingga lima tahun mak tidak berlakon. Sejak 2016, mak mengalami s4kit badan, jadi kurang mengambil tawaran berlakon kerana tidak larat berjalan.

“Masanya banyak diisi dengan mengikuti program bersama rakan kawan artis dengan membabitkan program anjuran artis veteran dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN),” katanya.

Sumber: BH , Muzik Jalanan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendinggiler.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*