Wanita Tvduh Mak Wan S1hir Nenek. Sekali Mak Wan Sendiri Call, Terus Dia Mohon Maaf. Ini Alasan Dia Cakap Mcm TU

Sebelum ini, rumah tangga yang dibina oleh pelakon Mak Wan Latah pada 22 Januari lalu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja apabila dia diceraikan dengan talak satu.

Namun, nama Mak Wan sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila ada individu yang menvduh pelakon itu meny1hir neneknya sehingga dimasukkan ke dalam Unit Penjagaan Koronari (CCU).

Dituduh bom0hkan pelakon lain

Menerusi ciapan individu berkenaan di Twitter, wanita terbabit menvduh pelakon berusia 61 tahun itu menggunakan pengamal perubatan tradisional (bomoh) sehingga menyebabkan j4ntung neneknya tersumbat.

Dulu kau main bomoh buat nenek aku duduk lama dalam CCU sebab j4ntung tersumb4t. Motif kau buat macam tu sebab kau d3ngki nenek aku dapat job banyak. Lepas kau bomohkan nenek aku, job kau pulak non stop sampai lah sekarang kau dah famous. Aku rasa nak pijak je.

Dalam pada itu, dia mendakwa pelakon terbabit sempat bertemu dengan neneknya untuk meminta maaf sebelum mengerjakan ibadah umrah. Difahamkan, nenek kepada wanita itu dikenali sebagai Kak Chah merupakan pelakon iklan di media cetak satu ketika dahulu dengan membawa tagline ‘zaman dah berubah, dunia dah maju’.

Lama dah, sebelum Mak Wan ni famous macam sekarang hahaha dia sendiri datang jumpa nenek aku sebelum dia pergi umrah. Dia datang minta maaf dan beritahu semua apa yang dia dah buat kat nenek aku.

Sudah tidak tahan menerima kec4man daripada warganet, Mak Wan membuat keputusan untuk menghubungi anak kepada wanita terbabit, Ery untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Ery kenapa cucu Kak Chah kata Mak Wan s1hir Kak Chah. Bila masa Mak Wan s1hir pulak. Kali terakhir Mak Wan jumpa mak Ery masa atas kapal. Lepas tu Mak Wan dapat khabar, Ery bawa mak Ery berubat dekat Pulau Pinang.

Ujarnya lagi, dia seperti tidak percaya dituduh menyihir ibu kepada Ery itu sedangkan mereka sudah lama berkawan. Lebih mengjutkan lagi apabila individu berkenaan mendakwa pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu merampas peluang pekerjaan Kak Chah sebagai pelakon. Susulan daripada itu, Mak Wan membuat laporan polis kerana kenyataan tersebut telah mengaibkannya di media sosial.

Rupanya Mak Wan yang lain

Walau bagaimanapun, individu berkenaan tampil memohon maaf kepada Mak Wan kerana dia sudah tersalah orang dan rupa-rupanya Mak Wan yang lain dan bukannya Mak Wan Latah. Malah, dia turut memadam ciapan berkenaan serta sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mak Wan.

Salam Mak Wan, Saya Nysa cucu Kak Chah. Bapa saudara saya Hairee baru call saya. Saya nak minta maaf ye, Mak Wan yang saya maksudkan tu orang lain rupanya.

Bapa saudara saya call tadi dia beritahu Mak Wan tu orang lain bukan Mak Wan Latah. Saya dengan rendah diri saya memohon ampun dan maaf. Saya dah delete tweet saya.

‘Padah memfitn4h’

Mak Wan Sendiri Call

“Bila Masa Mak Wan S1hir Kak Chah. Mak Wan Last Jumpa Mak Ery Atas Kapal”

Minta Maaf

Sumber : itzzme.mell, ohbulan

Tak nak ai.bkan sesiapa, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku… -Mak Wan Latah

Dalam perkembangan lain, Pelakon veteran, Mak Wan Latah, mengambil jalan terbaik enggan mengulas lanjut punca perpisahan bersama bekas suaminya, Husain Dolah, kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.

Perkara tersebut dimaklumkan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 menerusi satu video penjelasan yang dimuat naiknya di entri Facebook.

Menurut Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, dia reda dengan segala ketentuan itu dan menerima segala takdir yang sudah ditentukan Ilahi buat dirinya.

“Assalamualaikum, bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Kadang kala saya tidak sihat mahupun kuarantin.

“Saya tak nak menjawab kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu juga mengaibkan keluarga belah sana (bekas suami).

“Walaupun ada sahaja perkara yang saya ingin beritahu, tetapi saya tak nak. Biarlah Allah sahaja yang menghukum dan menentukan segalanya,” tuturnya.

Mengulas lanjut, Mak Wan menitipkan harapan supaya tiada mana-mana pihak menyebarkan fitn4h dengan bercerita perkara tidak benar berhubung penceraiannya itu.

“Moga-moga orang di luar sana sentiasa dipelihara Allah. Cukup-cukuplah, jangan memfitn4h lagi. Perkara sudah selesai.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Biarlah saya dan Allah sahaja yang menentukan semua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Itu sahaja.

“Yang lain, saya serahkan kepada Allah. Saya juga bukanlah orang yang baik dan saya tidak mahu berakhir begini. Allah sudah tetapkan ini hikmahnya buat saya,” ujarnya.

Semalam, ikatan perkahwinan mereka akhirnya terlerai apabila Husain melafazkan cer4i terhadap Mak Wan di mahk4m4h Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Mak Wan tidak hadir ke mahk4m4h dengan alasan tertentu.

Terdahulu, mereka telah disatukan pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://limauasamboi.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*