Kisah Pok Ya Cong Codei dan realiti gedebe golongan B40

ULASAN SENI | Sabri Yunus tergelak apabila saya katakan yang Pok Ya Cong Codei itu adalah gedebe B40 yang jarang difilemkan sebelum ini.

Penonton filem dan drama tempatan lebih akrab dengan dunia korporat selepas era Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kaya dengan skandal, rasuah, cinta, air mata, kisah artis, bohsia, penunggang agama, samseng dan pembunuhan.

Jarang isu sebenar masyarakat gedebe yang berdepan realiti harian diketengahkan.

Sabri mengangkat ‘kawan-kawan’ gedebenya sejak 2018 menjadi fenomena baru dalam penerbitan telefilem tempatan.

Pok Ya Cong Codei dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati tular di media sosial kerana keluarbiasaan tema penceritaan. Kini drama 16 siri Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti sedang ditayangkan.

Pok Ya ialah lelaki yang kelihatan gan4s, beng1s dan s4mseng tapi karektornya melucukan. Dia baik dan bersedekah semasa Ramadan tapi cepat tangan apabila ada sesuatu yang merendahkan ego kemanusiaan.

Dia kelihatan cerdik dalam kalangan rakan-rakan tetapi pandir apabila di luar lingkungan sendiri. Dia sudah tua tetapi terlupa ketuaannya.

Tak seperti difahami sesetengah pihak

Seorang gedebe berusia 60-an dari Kelantan ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencari anak gadis seorang peguam yang ‘dilarikan’. Pok Ya terpaksa mengumpui kawan-kawan gedebe asal Kelantan di Kuala Lumpur kerana dia terlalu asing di kota besar itu.

Dia berjaya mencari yang hil4ng di Kuala Lumpir, tetapi apabila pulang ke Kelantan, isterinya – Siti – hil4ng dilarikan orang.

Episod kerinduan dunia berumahtangga selepas hil4ng isteri menyerlahkan watak sebenar Pok Ya.

Dia kembali ke Kuala Lumpur mencari Siti yang dilarikan Mail Beris. Memang Pok Ya sudah kahwin dan cerai dengan sembilan wanita sebelum itu, namun Siti tetap di hatinya kerana wanita itu diyakini hamil anak lelaki yang akan meneruskan zuriat gedebe Pok Ya.

Bagi masyarakat Kelantan, gedebe tidak semestinya samseng, bengis dan kurang ajar seperti difahami sesetengah pihak.

Gedebe adalah watak santun dan dihorm4t1 masyarakat setempat. Bagi penduduk selatan Thailand terutamanya Narathiwat dan Yala, gedebe dikaitkan seseorang yang rajin bekerja dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Gedebe dikaitkan dengan tok nebe yang bermaksud ketua atau penghulu di sesuatu kawasan.

Masyarakat Melayu Kelantan ada kaitan dengan sejarah dan persaudaraan penduduk di selatan Thailand. Warisan budaya, bahasa dan cara berfikir mereka tidak jauh berbeza.

Ramai yang bersaudara dengan penduduk di 14 wilayah di selatan Thailand terutama Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun.

Terpinggir dari pembangunan

Pada abad ke-18 penduduk di dua negara berbeza itu tetap saling berkunjungan seolah-olah di antara mereka tiada sempadan yang memisahkan.

Penjajah yang berada di Tanah Melayu tidak mengganggu urusan di sempadan kerana yakin Raja Siam hanya mahu mengekalkan kerajaan Thailand yang bebas.

Melayu Kelantan dan Melayu Thailand bukan sekadar berkongsi dar4h dan warisan, tetapi juga tingkah laku dan sejarah perjuangan serta penentangan yang panjang.

Pasca per4ng Dingin, gerila Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani (Pulo) menjadi kumpulan pember0ntak terbesar di selatan Thailand. Mereka disokong penduduk setempat yang berasa terpinggir daripada arus pembangunan dan pendidikan.

Kehidupan sukar menjadikan mereka mandiri dan aktif di sempadan Kelantan yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok. Hubungan tradisi menjadikan gedebe itu survival.

Rakyat dua negara membentuk masyarakat yang tekun dan berani menentang penindasan.

Penduduk selatan Thailand ditindas oleh pemerintah yang bukan Islam; di Kelantan pula ada yang mendakwa ditindas oleh kerajaan pusat yang menafikan hak dan nikmat pembangunan.

Keadaan itu menjadikan kawasan sempadan dihuni oleh golongan berpendapatan rendah.

Orang miskin dalam konteks Malaysia dikaitkan golongan B40. Kumpulan itu memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu tidak sampai RM2,208 sebulan.

Justeru kerana kemiskinan, tentunya cara hidup dan budaya harian B40 berbeza golongan M40 dan T20.

Sebahagian besar watak dan perwatakan di sekeliling Pok Ya adalah golongan B40. Cara mereka berfikir, bertindak dan mengeluarkan pendapat tidak jauh daripada realiti sosial.

Kerja menarik kenderaan, jaga kawasan proses pasir, pengawal peribadi kepada tauke karaoke yang mengumpul gadis sebagai pelayan adalah yang hakikat tersirat di sebalik nasib golongan marhaen.

Memang Malaysia sudah lama merdeka dan memiliki deretan pencakar langit serta kondominium mewah yang melatari perjuangan Pok Ya di Kuala Lumpur.

Angkat realiti masyarakat

Namun di sebalik tembok-tembok tebal ada ramai golongan gedebe yang mencuba nasib dalam kepesatan dan kepantasan kota raya.

Pok Ya lahir dan membesar dalam kalangan orang yang bukan saja berani hidup tetapi berani m4t1. Dia tekun, tabah dan bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Orang yang betul-betul gedebe ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan apabila lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tidak salah.

Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka itu cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya tidaklah mengilai.

Mereka tahu mereka beng1s, sebab itu mereka tak akan membuat orang men4ngis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan membuat orang merintih.

Berg4duh tidak sekali, apabila minum tidak segan mempelawa dibayar habis satu meja.

Aktivis teater Dinsman dalam kolum Tekad Budaya akhbar Amanah pada 4 Mac 2018 menyatakan: “…Pok Ya lakonan Sabri bukan gedebe sebarang gedebe tetapi itulah manusia gedebe yang dihorm4t1 dan disanjungi rakyat Kelantan. Gagah, berani, keras tetapi di dalamnya ada kelembutan dan kasih sayang. Ada kelebihannya dan ada kekurangannya.

“Dan Sabri secara sedar memilih rakyat dan budaya Kelantan sebagai bahan utama penceritaan filem-filemnya (saya sebut filem sahaja walaupun kategorinya ialah drama tivi). Di sini saya melihat dan membandingkan k3senimanan Sabri dengan k3senimanan para sasterawan yang bercerita dan mengangkat realiti masyarakat ke dalam karya sastera – novel dan cerpen.”

Sikap humor yang ada pada Sabri selaku pengarah dan penulis skrip adalah menghimpun gedebe ‘tua’ dalam 16 episod yang tentunya mencuit hati. Kita tergelak dengan telatah Sabri (Pok Ya), Adam Corrie (Tiger Chong), Ku Hanafi Ku Harun (Nasir Badak), Asrulfaizal Kamaruzaman (Jering), Eman Manan (Muda Primula), Ladin Nuawi (Pok Din), Saidi Sabri (Halim Kampung Pasir) dan Wan Hanafi Su (Pok Mat Kertok).

Ketika kita leka dengan loghat Kelantan, Eman Manan menjerkah loghat Terengganu: “Wat tubik habih mende hok ade dalam rumahmu.. lembing, tombak, parang, golok, keris.. kalu ada pistoI wat tubik pistoI.”

Sejak Pok Ya Cong Codei muncul empat tahun lepas, tiada siapa menyangka ia akan menjadi suatu karakter yang terpahat di hati rakyat Malaysia. Karakter utama itu tular dalam kalangan warganet sehinggakan ramai terpanggil untuk menghasilkan lukisan Pok Ya.

Karya-karya peminat Pok Ya dikumpul lalu dibukukan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan judul Pok Ya Cong Codei (Kompilasi Fan Art).

Selain lukisan, memorabilia dalam bentuk kemeja- T dengan wajah Pok Ya turut dihasilkan untuk dimiliki oleh peminat filem ini.

Ketika peminat filem tempatan disogokkan watak samseng yang entah apa-apa, Pok Ya Cong Codei memberi kelainan yang luar biasa.

Pengarah tersohor, U-Wei Haji Saari, mengakui Pok Ya Cong Codei adalah sebuah karya yang tidak dibuat-buat.

Ia juga telah memberi nafas baru bagi drama tempatan. Berbanding filem cinta dengan latar belakang hidup yang mewah, karya Sabri dirasakan lebih dekat dengan penonton sambil berpijak di bumi nyata.

Gedebe B40 dalam karya itu amat mencuit apatah lagi ketika memandu kereta lama seperti Mercedes Masterpiece, Perodua Viva dan Myvy edisi pertama!

IMLAN ADABI ialah mantan wartawan dan sasterawan.

Reaksi dari pembaca

“Pokya..menceritakan kisah realiti sebenar kehidupan kt malaysia…mana kala cerite ala ala megah holding…adalah kisah impian rakyat malaysia”

“Cerita POKYA mengangkat kembali pengunaan ayat2 yang sangat power. Zaman kegemilangan Nordin Ahmad bila dengar ayat2 yang digunakan sangat indah”

” Aku mari sini nok tapar mu”-Meremang Tgk Eman Manan Bagi Pnampor, Mcm Real Jer

” Aku wi mu seminit, kalu dok buke pintu aku pecoh!”

Itu dialog pelakon berkaliber, Eman Manan yang membawakan watak sebagai Muda Primula dalam drama terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, drama terbaru arahan pengarah tersohor, Sabri Yunus.

Muda Primula, watak seorang lelaki ‘gedebe’ yang dilakonkan Eman Manan yang begitu berk3san sekali ternyata mencetus fenomena tersendiri meskipun baru memasuki episod ke-3.

” Wat tubik habih mende hk ade dalam rumah mu..lembing, tombak, parang, golok, keris..kalu ada pistoI wat tubik pistoI” kata Muda Primula dengan loghat Terengganu.

Berdasarkan komen warganet, babak itu antara paling mencuri perhatian kerana lakonan bersahaja Eman Manan yang diakui antara pelakon ‘lejen’ di Malaysia.

Bergandingan bersama Sabri Yunus yang membawakan watak sebagai Pok Ya, ‘duo’ ini dikatakan gandingan terbaik dan terbukti telah membuatkan peminat meremang bulu roma melihat aksi mereka.

Malah, penampilan pelakon-pelakon lain yang tidak disangkal sebagai antara pelakon hebat di Malaysia seperti Farid Kamil, Wan Hanafi Su, Saidi Sabri dan Issey Titan menjadikan drama ini dalam kelas tersendiri.

” Meremang tengok Eman Manan belakon,dia punya aura tu lain macam..

” Sepanjang idup..rasenya ni bru drama realiti.. kalu tak cite drama asyik pejabat besor dan orang-orang kaya..terbaik Pokya dan legend-legend yang lain..

” Memang terbaik semua berlakon selamba je macam dok sembang kedai kopi relax jer. Best sangat cite macam tak serabut dengan kisah cinta..

” Baru episod 3… tengok cerita ni jadi tak puas.. Ni belum lagi episod yang akan datang… Memang terbaik..dengan drama yang bersahaja je..” tulis warganet.

Meremang tengkuk…

Barisan pelakon hebat termasuk Farid Kamil, Saidi Sabri (anak Sabri Yunus), Asrulfaizal Kamaruzaman (terkenal dengan watak Jaha dalam filem Budak Kelantan) menjadikan setiap babak dalam drama ini ‘hidup’.

” Eman Manan, Sabri Yunus, Wan Hanafi Su. Trio of the finest actors in Malaysia. Confirm gempak siri Pokya ni.

” Wow karya terbaik. Boleh masuk Netflix Siries untuk paparan masyarakat antarabangsa. Kualiti terbaik. Tahniah Sabri Yunus.

” Fuhh,,,dengar orang lama punya dialog, meremang tengkuk..tmbah ada Eman Manan.. salute smua pelakon cite ni..” tulis warganet.

Empat tahun lalu, tidak siapa menduga sebuah drama berunsur komedi akan mendapat perhatian dan popular.

Tetapi sejarah membuktikan, drama “Pok Ya Cong Codei” (PYCC) arahan Sabri Yunus mendapat sambutan dan meniti di bibir masyarakat.

PYCC ditayangkan di Astro Citra pada 20 Januari 2018.

Watak utama, Pok Ya – seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki yang dilakonkan oleh Sabri sendiri.

Di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan ‘Cong Codei’ pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.

PYCC tular dan popular hingga ada peminat-peminat yang menghasilkan lukisan watak utama tersebut.

Himpunan karya-karya peminat PYCC itu kemudiannya dibukukan oleh Institut Terjemahan & Buku Negara (ITBM) dengan judul Pok Ya Cong Codei (Kompilasi Fan Art).

Bukan setakat itu, ada juga yang menghasilkan t-shirt dengan wajah PYCC untuk dijual dan seterusnya dimiliki oleh peminat drama tersebut.

Sudah agak lama sesebuah drama atau filem yang dihargai peminat seperti dilakukan terhadap PYCC. Itulah kelebihan PYCC, sebuah drama antiklise filem gangster Malaysia.

PYCC adalah sebuah drama atau filem yang tidak dibuat-buat, kata pengarah tersohor U-Wei HajiSaari.

PYCC bukan komedi tetapi sebuah drama yang mempunyai sense of humor.

Filem-filem gengster yang dihasilkan di negara ini selalunya lebih merupakan gambaran palsu yang direka tentang dunia kongsi gelap dan samseng.

Kata U-Wei lagi, menerusi PYCC, Sabri telah memberi nafas baharu kepada drama tempatan, ketika mana ramai pengarah dan penerbit yang lebih suka kepada kisah cinta dan kehidupan orang kaya yang tidak berpijak di bumi nyata.

Pok Ya bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihorm4t1 serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar ‘gedebe’ yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

Bagi pengarah filem “Mencari Rahmat”, Al-Jafree Md Yusop, PYCC antara telefilem terbaik pernah dibuat di Malaysia.

Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihorm4t1 dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya.

Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.

Pok Ya tidak bercakap menjerit-jerit dengan pelat cina dan ber’lu gua’. Pok Ya tetap dengan dialek Kelantan walaupun berada di Kuala Lumpur.

Pok Ya gedebe atau ketua samseng, dan dalam drama ini ditunjukkan sifat sebenar ketua samseng yang tenang, tidak perlu melompat ke atas meja untuk menunjukkan dia samseng.

Tidak, itu bukan PYCC, itu filem gangster kebudak-budakan yang dihasilkan orang lain di negara ini.

PYCC tidak memerlukan itu semua.

Pok Ya bukanlah kaki g4duh yang hanya tahu mahu meng4muk dan mar4h-mar4h, sebaliknya Pok Ya menyelesaikan masalah.

Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gengster yang hanya tahu berg4duh semata-mata atau memvkul orang lain yang tidak setuju dengannya.

sumber:mkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*