“Yang Kaya Kroni Kayangan”- Netizen Persoal Pensijilan Sirim ‘Face Mask’, Tapi Kenapa Sampai Sebut Nama Nurul Zahid

Kecoh isu pelitup muka bukan perubatan perlu memohon perakuan dan penandaan Sirim yang berkuatkuasa pada 4 Julai ini nanti, membuatkan ramai pengguna media sosial bangkit bersuara meluahkan rasa tidak puas hati dan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

Persoal Kos Pensijilan Mahal

Salah seorang pengguna di Twitter berkongsi tangkap layar maklumat kos pensijilan yang dikenakan ke atas syarikat dan individu yang menjual pelitup muka bukan perubatan bagi mendapatkan penandaan Sirim dan menulis ciapan dengan mempersoalkan kos tinggi yang dikenakan.

“Perakuan Sirim – Pensijilan Produk: Min RM9,500 -Pensijilan Batch: Min RM6,000 Kos ni siapa nak tanggung nanti? Turunkan kepada pelanggan lah kan? Kerajaan sedap kaut duit! Negara lain dah mula bincang tak perlu pakai pelitup muka, Malaysia pula cari peluang lagi tekan pembekal!” ciap netizen

via Twitter

Anggap Penandaan Sirim Tak Masuk Akal

Dalam pada itu, ramai warga Twitter memberi pandangan pensijilan Sirim pada pelitup muka semasa fasa endemik ini dianggap langkah yang tidak wajar dan tidak masuk akal. Apatah lagi, denda yang dikenakan sangat tinggi mengalahkan denda pemandu m4buk.

“Masa pandemik tak payah sirim.. Dah nak masuk endemik kena ada sirim pula.. Nak kaya menantu ke ni.. Denda lak melampau-lampau tak masuk akal.. Memandu m4buk pun tak denda sampai RM100k..”

“Kat Singapura dah tak payah pakai pelitup muka dah kalau kat luar. Malaysia kalau taknak implement gini pun s3kurang-kurangnya toksah lah nak pelitup muka SIRIM bagai” ciap mereka

 

via Twitter

“Hurmm.. Apa pasal lah s3karang ni baru nak libatkan Sirim Q.. Nanti beban kos tu tolak kat pengguna.. Yang kaya kroni kayangan”

“Ni kalau masuk penjaga sebab pelitup muka tak ada sirim memang epik. Bayang kan dalam penjara orang tanya kau buat jenayah apa. Jawab pula sebab pakai pelitup muka tak ada SIRIM” ciap mereka lagi

Nurul Zahid Pun Dikaitkan, Kenapa?

Tak kurang juga yang mengaitkan isu ini dengan Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih dikenali sebagai Nurul Zahid. Ini kerana netizen terjumpa wajah anak kepada Presiden UMNO itu terpampang pada salah satu jenama topeng pelitup muka terkemuka. Difahamkan jenama tersebut telah mendapat perakuan dan penandaan Sirim seperti yang pernah dimaklumkan di media sosial mereka.

Dah nak fasa endemik wajar ke pelitup muka dikenakan perakuan sebegini, sudah pastinya kos pelitup muka akan meningkat naik di pasaran nanti. Apa pandangan anda?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*