Penyampai radio mohon maaf siar azan maghrib awal 4 minit, ini hukvmnya kena ganti puasa atau tidak

Gara-gara menyiarkan azan Maghrib empat minit lebih awal, seorang penyampai stesen radio tempatan di sini, tampil memohon maaf susulan k3silapan teknikal itu.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, penyampai radio terbabit menjelaskan berlaku k3silapan teknikal apabila azan Maghrib disiarkan dua kali iaitu pada 6.16 petang dan 6.20 petang.

“Saya, Mohd. Safwan bin Junit, penyampai yang bertugas petang ini dalam Syoknya Hujung Minggu telah melakukan k3silapan teknikal yang mana azan Maghrib disiarkan dua kali, iaitu sekitar 6.16 petang dan yang kedua 6.20 petang.

“Azan yang sepatutnya disiarkan pada 6.20 telah dikumandangkan lebih awal dari waktunya, menyebabkan ramai daripada warga Tawau secara tidak sengaja telah berbuka puasa awal dari waktu,” katanya sambil menjelaskan perkara itu disebabkan oleh k3silapan teknikal dan k3silapan dirinya sendiri.

Sehubungan itu, beliau secara peribadi dan rendah hati memohon maaf kepada warga Tawau yang terk3san dengan situasi tidak diduga itu.

“k3silapan ini, adalah k3silapan dari diri saya sendiri dan bukan RTM Tawau atau Tawau FM.

“Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Mohon ‘share’ permohonan maaf ini,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruang komen mendapati warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk ada yang menasihati penyampai radio berkenaan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Selain itu, tidak kurang juga yang memuji tindakannya yang mengakui k3silapan dan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Terbaik bro cepat mengaku k3silapan. Semoga dijadikan ikitibar kepada kita semua kerana kita manusia tidak lari daripada membuat k3silapan. Semoga dipermudahkan bro,” komen seorang netizen.

Kena Qadha

Hari ini di Tawau ramai yang terbuka puasa lebih awal akibat azan maghrib di radio disiarkan lebih awal akibat masalah teknikal. Hendaklah diQADHA menurut Mufti Wilayah Persekutuan. Baca Penuh di link berikut

“Setelah menilai dan meneliti kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha’.” Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan (BAYAN LINNAS SIRI KE- 97 – Tahun 2017)

Link: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/790-bayan-linnas-siri-ke-97-tersalah-berbuka-puasa-awal-kerana-azan-di-radio

kredit: hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*