Ramai Lagi Belum Masuk Wang KWSP, Tengku Zafrul Ded4h Kriteria Bagi Masuk Awal

PETALING JAYA – Sejak semalam, media sosial ‘dibanjiri’ dengan luahan pencarum yang rata-ratanya berkongsi keterujaan mereka apabila pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 akan dikreditkan bermula hari ini.

Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur.

Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut men1ngg4lkan komen seolah-olah memberi amaran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada tarikh 20 April ini, dia akan membuat tindakan lanjut.

“KWSP ayah 20 April ini tak masuk, siap ayah ‘kerjakan’ kau,” katanya.

Lebih menarik, komen tersebut mendapat perhatian Tengku Zafrul dan beliau bertindak membalas komen berkenaan dengan memberitahu sekiranya pemohon membuat permohonan awal sejak 1 April lalu, mereka akan mula mendapatkan wang dalam peringkat paling awal.

“Garangnya ayah Rani, kalau 1 April dah mohon, insya-Allah boleh dapat cepat, tapi kalau 15 April baru mohon harap nak dapat 20 April, yang itu dapat dalam mimpi sahaja lah,” balasnya.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan wang pengeluaran khas KWSP pada peringkat awal ini akan diutamakan kepada pencarum yang membuat permohonan paling awal dan ia akan terus disalurkan kepada penerima lain secara berperingkat.

Babak filem Ali Baba Bujang Lapok gambarkan kegembiraan pencarum

Sedutan babak dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menggambarkan kegembiraan serta situasi terkini sebahagian besar pencarum yang bakal menerima ‘wang besar’ bermula hari ini.

Menerusi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menjadikan mereka seperti orang kaya kerana memiliki sejumlah wang yang banyak dalam satu masa.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mula berkongsi sedutan babak popular tersebut seolah-olah menggambarkan keterujaan mereka menanti wang permohonan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Selain itu, ada juga pengguna yang berseloroh sedang melakukan latihan berjalan seperti orang kaya sebelum menerima wang tersebut.

“Tengah buat latihan cara jalan macam orang kaya dalam filem P. Ramlee, nanti duit dah masuk, tak ada cara jalan sama, kalau tak orang tak tahu aku berduit,” ujarnya.

Tangkap layar sedutan babak dari filem Ali Baba Bujang Lapok yang menjadi perkongsian sebahagian besar pencarum di media sosial.

kredit: KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*