“Kaki & Jari Ada Di Syurga..” Kum4n Men1ngococc4l Buat Hidup Ziyad Berubah

Hati ibu mana yang tak sed1h, anak yang dilahirkan sihat sempurna diuji s4kit sehingga hil4ng kedua-dua kakinya. Menurut Kaasnida Mohamed Nazar, 34, sempena bulan Ramadan penuh keberkatan doanya hanya mahu melihat anak bongsunya sihat dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Berkongsi cerita mengenai Muhamad Ziyad Amzar Muhamad Razif yang dij4ngkiti kum4n mening0coccal sehingga hil4ng kedua-dua kakinya, ibu tabah tersebut cukup p1lu.

Tidak hanya kaki, beberapa jari tangan anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa dipot0ng demi menyelamatkan nyawanya selepas kum4n mereb4k dengan terlalu cepat.

J4ngkitan jenis mening1tis itu adalah satu peny4kit melibatkan kerad4ngan pada selaput otak dan saraf tunjang dan boleh menggagalkan fungsi organ badan.

Mulanya naik bintik merah di kaki

Memetik laporan Sinar Plus, Kaasnida memberitahu, ketika anaknya yang manja dipanggil Ziyad berusia dua tahun, bintik-bintik merah pada kaki tiba-tiba muncul dengan banyak. Beliau juga diser4ng dem4m pan4s melampau dan cir1t-bir1t sehingga tidak mampu berjalan.

“Rupa-rupanya ia merupakan petanda kepada peny4kit berbah4ya itu. Kemudian, Ziyad tidak lagi aktif seperti biasa. Ketika itu, saya dah mula tidak sedap hati apabila tangan dan kakinya juga lemah.

“Apabila suhu badannya mencecah 39.8 darjah celsius, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lagi membuat hati saya tak keruan apabila kaki dan jari tangan Ziyad tiba-tiba menjadi leb4m kehitaman,“ ujarnya yang mendapatkan khidmat pakar berbeza di dua buah hospital.

Doktor jangkakan hayat Ziyad 50 peratus sahaja

Sebaik doktor memaklumkan hayat anak kecil itu 50 peratus sahaja, perasaan Kaasnida semakin berkec4muk. Ditambah laporan imbasan Computed Tomography yang menunjukkan diagnosis yang meresahkan.

“Setelah dua minggu berada di wad isolasi, doktor beritahu saya, beberapa jari Ziyad terpaksa dipot0ng bagi mengelakkan j4ngkitan lebih par4h. Selepas itu, Ziyad disyorkan menjalani pembed4han kali kedua untuk memot0ng kedua-dua kakinya yang semakin teruk.

 

“Saya bagai nak pitam mendengar kata-kata doktor. Walaupun hati ini berat, namun kami suami isteri terpaksa merelakannya demi menyelamatkan nyawa si kecil ini,” katanya yang kini menetap di rumah mertuanya di Felda Mempaga Tiga, Bentong.

Risau fikir masa depan Ziyad

Kata Kaasnida, fikirannya hanya memikirkan masa depan si anak. Bagaimana keadaan Ziyad jika bersekolah nanti? Adakah si kecil itu akan mengalami kemurvngan? Adakah beliau akan menyalahkan diri sendiri? Bagaimana pula jika diej3k rakan sebaya?

“Itu antara soalan yang berputar ligat dalam fikiran saya. Ibu mana tak risau. Sekarang ini pun jika kami keluar berjalan-jalan, mesti ada yang bertanya tentang Ziyad,“ katanya.

Pun demikian, berkat doa ibu dan ayah termasuk orang sekeliling serta kuasa ALLAH SWT, kanak-kanak itu dilihat semakin cekal dan memahami keadaan dirinya yang tidak seperti orang lain.

“Apabila ada orang tanya di manakah kakinya? Dengan tenang Ziyad akan berkata: ‘Ziyad kan s4kit, ALLAH kan sayang Ziyad, kaki dan tangan Ziyad kini ada di syurga‘.

“Itulah ayatnya yang ramah menjawab pertanyaan orang. Melihat Ziyad yang kuat semangat, membuatkan saya terus positif dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Ziyad yang saya sayangi,“ tuturnya.

Meskipun transisi si kecil itu yang kini sudah berusia lima tahun bertambah baik, Kaasnida masih berulang-alik ke Hospital Rehabilitasi Cheras, Selangor untuk latihan fisiologi Ziyad memakai kaki palsu.

Pembed4han susulan

Selain itu, pemeriksaan susulan pakar tulang di Hospital Temerloh turut dilakukan. Namun, suri hati kepada Mohamad Razif Razali, 40, kini sangat lega apabila anaknya sudah bebas daripada j4ngkit4n kum4n.

“Selepas menjalani dua lagi pembed4han membuang tulang jari dan kaki pada dua tahun lalu, alhamdulillah k3sihatan Ziyad bertambah baik walaupun tidak sepenuhnya.

“Namun, doktor beritahu bahawa tulang kakinya akan memanjang seiring pertumbuhan Ziyad hingga umur 18 tahun. Dia juga perlu dibed4h sekali lagi bagi mengelakkannya sukar untuk berjalan ketika menggunakan kaki palsu,“ katanya.

Wanita berkenaan mengaku, keluarga beliau yang bergantung dengan pendapatan suami sebagai operator kilang, selain bantuan kerajaan bernilai RM300 sebulan memang tidak mencukupi.

“Untuk meminta-minta, saya cukup segan. Bayangkan, untuk urusan raw4tan susulan dan latihan (fisiologi) memerlukan banyak wang memandangkan kami terpaksa berkampung hampir sebulan di hospital,” ujarnya.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan untuk memberi peluang dan memudahkan Ziyad meneruskan prosedur di hospital, bantuan boleh disalurkan terus ke akaun CIMB 7035288877 atas nama Kaasnida Mohamed Nazar.

Kredit: sinarplus

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Pa&Ma

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*