“Tak masuk, siap ayah kerjakan kau” Rani Kulup Beri Amran Minta Duit KWSP Masuk Cepat, Terus Tengku Zafrul Masuk Balas Komen

Bayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikreditkan lebih awal iaitu esok, berbanding jadual asal 20 April seperti diumumkan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Bagi mereka yang telah memohon pada awal bulan April bolehlah mula check akaun masing-masing esok. Tapi kalau belum masuk lagi, jangan risau, insya-Allah akan masuk juga kerana bayaran dibuat secara berperingkat,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram pada Ahad malam.

Permohonan untuk pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka bermula pada 1 April lalu setelah kerajaan bersetuju untuk membenarkan pencarum berusia bawah 55 tahun untuk mengeluarkan simpanan sehingga maksimum RM10,000.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluaran khas ini merupakan yang terakhir akan dilakukan dan tidak ada lagi skim pengeluaran khas selepas ini.

Rani Kulup Beri Amran Minta Duit KWSP Msuk Cepat, Sekali TengkuZafrul MasukK0men

Sehubungan itu, orang ramai mula memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen hantaran Facebooknya dan kebanyakan mereka meluahkan rasa syukur.

Sementara itu, aktivis, Abdul Rani Kulup juga turut men1ngg4lkan komen seolah-olah memberi a.maran kepada Tengku Zafrul sekiranya wang KWSP tidak dikreditkan pada tarikh 20 April ini, dia akan membuat ti.ndakan lanjut.

“KWSP ayah 20 April ini tak masuk, siap ayah kerjakan kau,” katanya.

Mohon Awal, Dapat Awal

Lebih menarik, komen tersebut mendapat perhatian Tengku Zafrul dan beliau bertindak membalas komen berkenaan dengan memberitahu sekiranya pemohon membuat permohonan awal sejak 1 April lalu, mereka akan mula mendapatkan wang dalam peringkat paling awal.

“G.arangnya ayah Rani, kalau 1 April dah mohon, insya-Allah boleh dapat cepat, tapi kalau 15 April baru mohon harap nak dapat 20 April, yang itu dapat dalam mimpi sahaja lah,” balasnya.

Hari Ini Ramai Yang Tunggu Tapi Tiada

Hari ini penuh di media sosial dimana ramai yang menyatakan menunggu duit KWSP masuk tetapi sampai sekarang tiada dalam akaun bank.

Walaupun mereka telah membuat permohonan awal untuk pengeluaran khas KWSP ini tetapi masih tiada dalam akaun bank mereka.

Rupanya ada cara untuk lihat bila tarikh sebenar akaun mereka akan terima duit KWSP.

Bayaran akan dikreditkan secara berperingkat.

Login I-Akaun :

1. Klik Pengeluaran

2. Klik Sejarah Pengeluaran

3. Pilih Pengeluaran Khas

4. Klik perkataan Pengeluaran Khas

5. Baru nampak tarikh pembayaran

Semoga maklumat ini dapat membantu anda semua.

Menurut Tengku Zafrul, pengkreditan wang pengeluaran khas KWSP pada peringkat awal ini akan diutamakan kepada pencarum yang membuat permohonan paling awal dan ia akan terus disalurkan kepada penerima lain secara berperingkat.

Kredit : Kosmo/FB

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*