Terbeli Ayam Golek Bvsuk. Pada Mulanya Penjual Bagi Tukar, Last Sekali Lain Pula Yg Jadi

BERNIAGA bukan sekadar untuk meraih pendapatan semata-mata, sebaliknya perlu disertai keikhlasan dan nawaitu yang betul agar rezeki lebih berkat.

Sejak awal Ramadan, kerancakan bazar-bazar di seluruh negara sememangnya dirindui lebih-lebih lagi selepas dua tahun ia menjadi larangan berikutan penularan C0vid-19.

Namun di sebalik kerancakan suasana tersebut, boleh dikatakan saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian kurang menarik daripada netizen mengenai kualiti makanan yang dijual.

Begitu juga halnya dengan seorang pelanggan ini yang berkongsi kisah malang apabila ayam bak4r yang dibelinya kurang masak selain berbau bu.suk.

Menurut Muhamad Harris Nasril, disebabkan mahu menuntut hak sebagai seorang pengguna, dia kembali ke gerai berkenaan pada keesokan harinya dan bersemuka dengan peniaga makanan terbabit.

“Dik, ni ayam bak4r abang beli semalam tak masak. Liat dan berbau tak boleh nak makan. Boleh ganti balik tak?

“Boleh… abang pusing-pusing dulu, nanti dah masak abang datang ambil.

“Wah senangnya. Tak ada tanya bukti langsung. Bagus adik penjual ni. Selepas berpusing bazar dua kali, saya bertanya ‘dah siap ke dik?’

Dalam kemeriahan bazar Ramadan, boleh dikatakan saban hari kita dihidangkan dengan perkongsian kurang menarik daripada netizen mengenai kualiti makanan yang dijual.

“Abang ada gambar ayam tak masak tu tak? Eh, dia tanya gambar minta bukti pula. Tadi mula-mula tak nak tanya. Saya membuka telefon bimbit dan menunjukkan gambar ayam tak masak yang saya tangkap hari sebelumnya,” kongsinya di Facebook, mengimbas kembali perbualannya bersama peniaga berkenaan

Bagaimanapun menurut Muhamad Harris, jawapan yang diberikan oleh peniaga tersebut selepas itu sedikit mengecewakannya.

Seolah-olah mahu mengelak apabila terpaksa memberi ganti rugi, peniaga berkenaan berkata tekstur dan warna daging ayam bak4r sememangnya seperti gambar yang ditunjukkannya.

Namun Muhamad Harris berkata, dia menegaskan kejadian ayam berbau itu adalah kali pertama berlaku sejak beberapa kali dia membeli juadah yang sama daripada peniaga berkenaan sebelum ini sehingga terpaksa dibuang semua.

Dengan wajah yang jelas seperti tidak berpuas hati, Muhamad Harris berkata dia sekali lagi diminta untuk menunggu seketika sementara ayam siap dibak4r dan diberi sebagai ganti rugi.

Jangan kata kita tak sokong peniaga bazar, dah empat kali kita beli pada dia sebelum ini.

“Ketika saya berdiri tunggu tu, saya perhatikan sahaja ayam-ayam lain yang sudah masak diberikan pada pelanggan yang baru datang. Ayam yang mahu digantikan itu dia masak yang lain, kecil sedikit.

“Saya mula memeluk tubuh memberi isyarat menunggu lama. Barangkali dia tidak selesa saya berdiri lama di situ, dia buat kerja tak keruan.

“Tiba-tiba ketika dia sedang mengalihkan seekor ayam lain yang sudah masak, ayam itu terlepas daripada pengepit besi dan j4tuh ke jalan tar. Dah tak boleh jual. Dia terus masukkan ke dalam baldi,” ceritanya.

Beberapa ketika menunggu, akhirnya peniaga tersebut menyerahkan seekor ayam bak4r kepadanya sebagai ganti.

“Saya kemudian mengambil bungkusan ayam itu dari tangan pekerjanya. Sekurang-kurangnya dia ganti walaupun nampak seperti tidak ikhlas dengan nada yang tidak enak didengar.

“Memang ini kali terakhir la dik beli dekat awak. Selamat maju jaya. Lepas ni kalau anak nak ayam bak4r, baik saya beli di Bakers Cottage berharga RM18. Kalau di bazar tu, RM25

Sesetengah peniaga bazar mengambil k3sempatan dan mengambil remeh kualiti makanan yang dijual. Gambar hiasan

“Jangan kata kita tak sokong peniaga bazar, dah empat kali kita beli pada dia sebelum ini,” kongsinya lagi

Perkongsian kisah tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dengan rata-ratanya memuji k3sabaran pelanggan berkenaan.

Berikut reaksi dari netizan

“Viral jalan terbaik.. pengajaran kepada peniaga..sifat manusia susah nak terima k3silapan sendir, akan ada dolak dalihnya..”

“Berniaga makanan tidak boleh terlsmpau banyak sebab pembrli tidak ramai kalau tidak habis rugi dari dan mubazir dan rusak makanan tersebut”

“Betul saya dah beli kat bakers cottage dah 2 kali puas hati..murah pun murah”komen Has Loha

” Kepada penjual kat bazar tu jng la buat byak2 sekaran ni penbeli tak ramai mcm dulu.. buat bayak 2 tk ramai beli .. simpan masak esok pula .. tu la jadi makan tk sihat .berulat dn sebagainya.. buat sikit 2 pun tak apa .. kata org tua biar tk cukup dari menbazir.. kastema tk sempat hari ni esok blh datang lg.. jadi mcm ni org pun dh tk nk beli”

“Amat tinggi tahap k3sabaran tuan. Moga dilimpahi rahmat dan nikmat Tuhan,” tulis @fikriejebat.

“Melayu berniaga biasanya salah niat sebab nak kaya. Sebab tu bila rugi dia marah-marah walau kadang-kadang salah dia sendiri.

Berniaga ni niat pertama mesti nak mudahkan atau puaskan hati pelanggan,” tulis @rayhunt.

“Gara-gara dia tak ikhlas nak ganti atas k3silapan dia, rugi lagi seekor ayam. Semoga dia dapat pengajaran,” komen @mahirahmoftah pula.

Boi0kot Juadah ‘Hauk

Sehari dua ini, isu harga sudah ‘senyap’, kini kecoh pula ber­kenaan penemuan ulat dalam mi tonggek yang dilaporkan di sebuah bazar di Putrajaya dan gumpalan rambut dalam kuih limas di Ipoh, Perak.

Tak boleh nak bayangkan bagaimana ia boleh berada di dalam makanan tersebut. Adakah peniaga itu disabotaj pihak tertentu? atau angkara kecuaian peniaga itu sendiri dalam memastikan makanan yang dijual dalam keadaan bersih.

Jika benar ia berpunca daripada kecuaian, tergamaknya peniaga tersebut berbuat demikian. Di mana rasa empati dan juga tanggungjawab dalam menjalankan perniagaan yang sudah tentu menjadi sumber pendapatannya.

Insiden itu benar-benar mengjutkan rakyat negara ini dan tak kurang juga yang tr4uma hingga ada yang membuat keputusan enggan lagi ke bazar kerana khuatir insiden sama berulang.

Kelihatan ulat dalam juadah mi tonggek (kanan) dan gumpalan rambut dalam kuih limas

Susulan insiden tersebut, Kementerian k3sihatan (KKM) menerusi Bahagian k3selamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sudah mengarahkan gerai yang menjual mi tonggek di bazar ra­madan itu ditutup.

Ketua Pengarah k3sihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan diambil selepas BKKM menjalankan si4satan dan arahan penutupan itu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“K0mpaun juga dikeluarkan ke atas seorang pekerja kerana tidak mengambil suntikan antitifoid. Tiga sampel telah diambil di gerai terbabit bagi tujuan analisis mikroorganisma dan bendasing,” ujarnya.

Jelasnya, KKM akan menjalankan pemeriksaan dan si4satan di premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai pengendalian k3selamatan makanan.

Berkenaan k3s gumpalan rambut dalam kuih limas pula, Dr. Noor Hisham memaklumkan, KKM telah membuka kertas siasatan terhadap pengeluar kuih limas bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983.

Pada masa sama, Menteri Ke­sihatan, Khairy Jamaluddin Abu bak4r juga memberi amaran kepada peniaga makanan di bazar Ramadan agar memastikan makanan mereka selamat untuk dimakan atau berdepan tindakan tegas.

Jelas beliau, pihaknya telah mengarahkan BBKM di bawah KKM untuk meningkatkan penguatkuasaan.

“Peniaga yang gagal mematuhi garis panduan k3selamatan makanan dan minuman serta kebersihan diri akan diarah menutup operasi mereka,” katanya.

Secara k3simpulannya, tindakan tegas harus dilakukan dengan memberikan hukuman setimpal terhadap peniaga yang cu4i dan memandang enteng isu kebersihan makanan. Jika berlaku ker4cunan makanan, pasti nyawa kita berdepan risiko.

Buat para peniaga, berilah perhatian kepada aspek kebersihan dan juga mutu serta kua­liti makanan jika mahu berniaga lebih lama, barulah berkat rezekinya.

Kepada orang ramai pula, buatlah pilihan yang bijak de­ngan mengambil kira soal harga dan kebersihan ketika membeli juadah, jangan kejar ‘makanan viral’ semata-mata kerana ia tak selalunya menjamin sesuatu makananan itu berkualiti dan sedap rasanya.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*