“Tak ada A yang penting dapat laki” – Ini Pended4han Seorang Ibu Apabila Anaknya Terus Kahwin Lepas SPM.

ORANG lain lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dapat sambung belajar, anak saya lepas SPM dapat laki (suami).”

“Walaupun tak ada A (gred A), yang penting dapat laki.”

Begitulah kata-kata seorang ibu tentang anaknya, Shakilla Miezam, 17, susulan keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Pada tahun ini, bagai jadi trend para pelajar bangga memuat naik video menunjukkan slip SPM dengan keputusan tidak memuaskan malah ada juga pelajar seolah-olah bangga mendapat gred gag4l (gred G) untuk semua mata pelajaran diambil.

Ketika dihubungi mStar, gadis yang merupakan anak jati Terengganu ini memperjelaskan kisah yang berlaku di sebalik video dimuat naik dengan kapsyen ‘ada saya kisah’ sehingga menjadi tul4r.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya buat kapsyen macam tu lepas kena kec4m upload video bertunang 11 Mac lalu.

“Sebenarnya saya ambil SPM tahun depan, bukan macam net1zen sangka tu. Tapi saya sudah bertunang atas persetujuan kedua-dua belah famili. Rancangan asal, kami akan berkahwin tahun depan tapi masih belum ada tarikh ditetapkan.

“Keluarga belah tunang yang minta percepatkan ikatan sebab bimb4ng saya berubah hati. Maklumlah tunang pun dah umur 27 tahun sebab tu mereka r1sau kalau tak jadi,” katanya yang mesra disapa Killa.

Berbeza dengan kebanyakan pelajar, Killa mempunyai alasan tersendiri kenapa dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas menamatkan sesi persekolahan dengan tunangnya, Nazirul.

Killa telah melangsungkan majlis pertunangan pada 11 Jun lalu.

Katanya, mengikut perancangan mereka akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober 2023 dan dia sudah bersedia untuk menghadapi alam rumah tangga.

Jelas Killa lagi, perkenalan singkat selama lapan bulan bukanlah satu alasan atau halangan untuk berkahwin jika jod0hnya sudah tiba.

“Kami memang dah rancang nak kahwin tahun depan sebab tu mama cakap macam tu dalam video yang v1ral.

“Saya kenal dia masa ada shooting dekat Kuala Lumpur. Bakal suami jadi prop master masa tu. Lepas berkawan sejak November tahun lepas, dia terus ajak bertunang.

Mama pun ada pesan nak kahwin muda ni dia tak kisah pun asalkan tahu galas tanggungjawab. Mama sendiri pun kahwin muda. Alhamdulillah bahagia saja sampai sekarang dah 17 tahun berkahwin.

SYAKILLA MIEZAM

“Lepas keluar keputusan nanti saya tak pasti lagi nak sambung belajar atau tak tapi bakal suami ada suruh sambung. Cuma saya sendiri rancang nak ikut dia saja bekerja jadi assistant prop,” jelas Killa.

Berikutan video yang dimuat naik di TikTok sehingga meraih lebih 2 juta jumlah tontonan, rata-rata net1zen memberikan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Malah gadis yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu ini tidak terlepas daripada menerima kec4man sesetengah ada pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat olehnya.

Walaupun menerima kec4man, Killa ada alasan tersendiri kukuh bagi keputusan dibuat.

Namun, gadis ini tetap mempunyai sebab kukuh walau menerima kec4man.

“Bagi saya tak ada masalah nak kahwin muda. Hidup sekarang pun saya cuma ada keluarga sendiri saja. Dekat sekolah pun ada dua orang saja kawan. Balik rumah memang luangkan masa dengan mama dan papa.

“Mama pun ada pesan nak kahwin muda ni dia tak kisah pun asalkan tahu galas tanggungjawab. Mama sendiri pun kahwin muda. Alhamdulillah bahagia saja sampai sekarang dah 17 tahun berkahwin. Dari hidup sus4h sampailah kami senang macam sekarang.

“Lagipun restu ibu bapa kita akan berikan keberkatan dan kebahagiaan hubungan kami. Bagi saya, kalau ada ke tak ada diploma atau ijazah mesti akan duduk dapur juga kan? Tapi kalau macam k3s saya, bila dah kerja sama-sama nanti memang jarang duduk dapur,” selorohnya.

Killa menjelaskan bahawa perkenalan singkat bukanlah halangan untuk berkahwin jika jodohnya sudah tiba.

Dalam pada itu, Killa meneg4skan bahawa rezeki, jodoh dan aj4l adalah ketentuan Allah yang telah ditetapkan kepada diri masing-masing.

Oleh itu, kita mestilah bersyukur dan tidak mempertikaikan rezeki dan jodoh awal orang lain yang diterima walaupun masih sedang belajar atau bersekolah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*