Dia Sendiri Pun Gelak Dengar Dia Nyanyi, Gelagat Remaja Ini Bikin Ramai Terhibur!

Zaman teknologi kini, hampir tiada apa yang mustahil. Biar pun berjauhan, namun masih berpeluang berinteraksi sesama sahabat. Malah dengan adanya teknologi juga dunia menjadi tanpa sempadan. Dengan lambakan pelbagai video menarik juga, hari anda lebih meriah dan tidak bosan.

Tambahan pula dengan adanya pelbagai platform seperti Youtube, Tiktok dan sebagainya yang membolehkan perkongsian video dibuat. Tidak semestinya video menjadi sahaja yang mampu menghiburkan penonton ya, malah rakaman yang tak jadi mampu membuatkan orang tertawa.

Sama seperti sekumpulan remaja ini yang cuba buat video menyanyi namun gelagat salah seorang dari mereka yang ‘terkucil’ membuatkan ramai tertawa. Malah remaja tersebut turut terbahak-bahak dengan nyanyian terkucil darinya sendiri itu.

Berikut adalah video gelagat sekumpulan remaja ini yang dikongsikan semula oleh Instagram Era.je:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia sendiri pun gelak dengar dia nyanyi. 😂😂 #SharERA . Kredit twitter

Siaran dikongsi oleh ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) pada

Menyanyinya sikit je, tapi ketawanya yang lama sekali itu. Bukan main terhibur lagi ye kau dik. Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 200 ribu tontonan dan 36 ribu likes.

Rata-rata  netizen terhibur dengan gelagat remaja cuba buat video menyanyi ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Memang dia confident tauuu..Part gelak tu tak boleh blaaa”

“Membe semua gelak tak berbunyi. hahahha sakit oow nak tahan”

“Tak pe lah dik..Walaupun suara ke laut..Tapi tetap buat akak terhibur”

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*