Belum Pun Sehari Pemergian A Rahman Hassan, Isteri Dedahkan Sifat Sebenar Ar wah

Isteri dedahkan sifat sebenar arwah A Rahman Hassan, memang tak sangka..

Isteri Allahyarham Datuk A Rahman Hassan, Datin Fadilah Mansor, 59, meluahkan tidak berharap apa-apa selepas pemergian suami tercinta dan berhasrat berpindah keluar dari kediaman sekarang.

“ Saya tidak berharap apa-apa daripada pihak arw4h suami.

“ Tidak mungkin saya boleh tinggal di kediaman kami kerana terlalu banyak kenangan indah dengan abang.

“ Saya masih bersedih dengan kehilangan ini dan akan sentiasa mengenang detik indah kami bersama,” katanya yang berkahwin dengan Allahyarham pada 25 Disember 2014.

Fadilah bagaimanapun memberitahu, hubungannya dengan anak-anak arw4h suami tetap baik dan mereka amat menghormatinya sebagai ibu.

Fadilah juga mengakui kasih sayang yang diperlihatkan terhadap arw4h suaminya selama ini bukan dibuat-buat sebaliknya ikhlas dari hati.

Fadilah, 59, berkata, suaminya memiliki sikap terpuji dan berjiwa penyayang.

“ Abang sangat menyayangi saya. Setiap masa dia berusaha ambil hati saya. Satu lagi sikap terpujinya ialah dia pandai ambil hati orang.

“ Apa sahaja yang saya atau anak saudara masak untuknya, dia akan puji dan ucap terima kasih.

“ Saya juga banyak belajar daripada abang terutama bagaimana untuk menyatukan keluarga. Memang terbaik dan saya amat kagum dengan kebolehannya,” katanya.

Fadilah juga menzahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan impian suaminya beraya di kampung halaman di Johor, minggu lalu.

“ Ketika dimasukkan ke hospital pada Ramadan lalu, Allahyarham ada menyuarakan hasrat pulang ke Johor melawat adik arw4h ayahnya yang sudah berusia 87 tahun.

“ Walaupun ada masalah paru-paru berair dan lemah jantung, arw4h tetap bersemangat terutama ketika tiba di rumah ibu saudaranya di Larkin, Johor,” katanya.

Menurut Fadilah, sebelum ini arw4h suka memandu sendiri namun disebabkan faktor kesihatan anaknya yang memandu.

“ Alhamdulillah, hajatnya untuk bertemu sanak saudara menjadi kenyataan pada hari raya kedua. Ramai datang menziarahinya di hotel yang menjadi tempat penginapan kami sekeluarga,” katanya.

A Rahman men1nggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendar4han otak.

Jen4zah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkub0ran Islam Taman Keramat selepas zohor tadi.

Rahman yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana menerusi lagu Tak Mengapa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu itu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Khir memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*