”Dia Tak Pernah Langsung Menangis Selepas Bertanding, Tapi Air Mata Dia…” – Penyokong

”Dia Tak Pernah Langsung Menangis Selepas Bertanding, Tapi Air Mata Dia Jatuh Di Akhir Perjuangannya” – Penyokong

Sebentar tadi, Dato’ Lee Chong Wei, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia mengumumkan persaraannya daripada arena badminton negara. Selepas lebih kurang 19 tahun beraksi, ternyata berita duka tersebut menyentuh emosi ramai.

Namun apa yang lebih menghibakan netizen, apabila melihat gvgurnya air mata seorang wira negara. Melalui sidang media khas bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM, Dato’ Sri Norza Zakaria di Menara KBS, Chong Wei dilihat tidak dapat menahan air matanya daripada gugvr.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rakan sekalian, Selamat Hari Raya dan Salam sejahtera. Saya ingin meminta maaf Sebab saya sudah tidak mampu lagi bermain badminton untuk negara dan anda semua. Doktor menasihatkan saya bahawa risiko kanser kembali agak tinggi sekiranya saya berlatih dengan intensiti seperti dulu. Ya, Tokyo 2020 tidak kesampaian. Tetapi, saya rasa saya akan meninggalkan arena Badminton tanpa kekesalan. Dari kecil, impian saya memang nak mewakili nkegara ini. Dan rasanya, saya dah berjaya. Perasaan berdiri di podium, melihat bendera dinaikkan dan mendengar lagu Negaraku sememangnya akan dirindui. Jangan risau sangat atas pengunduran Diri Saya Kerana kita mempunyai Barisan pelapis Yang kuat. Saya yakin dia orang boleh! Terima kasih kawan kawan. Minta maaf atas mana mana Yang tak sempurna dalAm karier sukan saya. Dah tiba masa untuk kuda tua ini berehat. Terima kasih.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Situasi itu merupakan perkara yang jarang atau tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana kejohanan yang disertainya walau dalam keadaan kalah atau menang. Tetapi, dia tewas daripada mengawal emosi kali ini kerana di sini lah pengakhiran kepada jatuh bangun kerjaya sebagai jaguh badminton negara selama 19 tahun.

”Lee Chong Wei sekali pun tidak pernah menangis di akhir kejohanan kerana dia akan mencuba melakukan yang terbaik pada masa akan datang, namun dia menangis di sini, di akhir perjuangannya kerana tiada lagi kejohanan selepas ini.

”Kerja kerasnya akan memberi inspirasi kepada pemain muda. Badminton tidak akan pernah sama selepas ini, semoga berjaya lagenda.”

”You are Malaysia Hero”


Mengimbas semula rekod penglibatannya, Chong Wei pernah memegang ranking nombor satu dunia selama beberapa tahun dengan memenangi hampir kesemua kejohanan utama badminton dunia termasuklah Kejohanan Seluruh England selain hampir menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2012 dan 2016.

Secara keseluruhannya, Dato’ Lee Chong Wei telah memenangi sebanyak 69 kejohanan sekaligus menjadikan beliau pemain badminton paling berjaya sepanjang zaman.

Namun, pada tahun lepas, ketika beliau masih boleh beraksi dengan baik, kita dikejutkan dengan berita mengenai Dato’ Lee Chong Wei telah disahkan menghidapi kanser hidung pada Julai.

Selepas itu, status kerjaya badminton beliau telah menjadi persoalan ramai terutamanya peminat badminton tanahair. Nampaknya, dengan pengumuman yang dibuat ini, ia telah menjawab segala persoalan yang berlegar di kalangan para peminat.

Sumber: Video Stadium Astro via siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*