Wow! Ini 3 Wanita Terkaya Di Indonesia

3 wanita yang paling kaya di Indonesia ini sangat terkenal dengan gaji yang cukup lumayan dan mereka bertiga juga berjaya menduduki senarai nama wanita terkaya di Indonesia. Mesti ramai yang ingin tahu siapakah yang kami maksudkan. Jom kita tengok!

1. Arini Subianto

via artiskini.com

Arini Subianto yang merupakan anak sulung kepada seorang ahli perniagaan, Benny Subianto. Selepas bapa mereka men1ngg4l dunia pada tahun 2017, Arini secara rasminya menyambung legasi bapanya sebagai pengarah presiden dalam sebuah syarikat keluarga nasional di Indonesia.

Laporan yang dipetik dari Forbes, nama syarikat yang diterajui oleh wanita ini atau nama sebenarnya Arini Saraswaty Subianto adalah Persada Capital Investama yang merupakan sebuah syarikat yang beroperasi dalam perkhidmatan hak milik.

Daripada 50 orang yang terkaya di Indonesia, Arini Subianto berada di kedudukan yang ke-49 dengan pendapatan 8.8 trilion sebulan. Ia merupakan keuntungan yang sangat besar apa lagi dia adalah seorang wanita. Arini yang dilahirkan pada 1970 ini, mempunyai minat terhadap buku. Pada tahun 2001, dia juga pernah membuka kedai perabot.

Kini, Arini masih lagi meneruskan syarikat perniagaan keluarga yang telah pun menjadi miliknya serta dinobatkan sebagai antara wanita terkaya di Indonesia dengan pendapatan yang sangat luar biasa!

2. Kartini Muljadi

via artiskini.com

Kartini Muljadi merupakan seorang wanita yang berjaya menduduki Top 50 orang terkaya di Indonesia. Ini juga merupakan laporan yang dipetik dari Forbes. Kartini merupakan pemilik kumpulan tempo termasuk kumpulan tempo Pasifik yang merupakan salah satu syraikat yang terlibat dalam sektor farmasi dan ubat-ubatan.

Latar belakang pendidikannya adalah merupakan bekas pelajar lulusan Universiti Indonesia dalam jurusan undang-undang. Dia juga merupakan lulusan angkatan 1958 dan dia mempunyai 2 orang anak. Menurut Forbes lagi, pendapatan Kartini Muljadi adalah sekitar AS$620 juta atau bersamaan dengan 9 trilion sebulan.

Sebut mengenai kerjayanya, Kartini pernah menjadi hakim yang bertugas di wilayah kehakiman Jakarta Pusat dan sering menangani kes jen4yah dan sivil.

Dengan pengalaman dan ilmu yang dimilikinya, beliau berjaya membina syarikat sendiri. Pada tahun 2013, dia berkecimpung dalam bidang perubatan. Syarikat tersebut masih berjalan sehingga ke hari ini dan berjaya membawa Kartini menjadi salah seorang wanita yang terkaya di Indonesia.

3. Marina Budiman

via artiskini.com

Wanita yang sering digelar orang kaya ini dilahirkan pada tahun 1963. Beliau merupakan seorang wanita yang berkhidmat sebagai pesuruhjaya presiden DCII dengan pendapatan sekitar AS$1.9 billion atau bersamaan dengan 26.8 trilion sebulan.

Marina Budiman merupakan seorang wanita lulusan University of Toronto pada tahun 1985. Kerjaya awalnya bermula sebagai akauntan di sebuah bank pada tahun 1985. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus projek di PT Sigma Cipta Caraka yang terlibat dalam urusan telekomunikasi dan teknologi dari 2000 hingga 2008. Namun, dengan kemahiran yang dimilikinya, beliau berjaya menjadi seorang pengarah di DCII pada tahun 2012.

Ini merupakan pencapaian yang luar biasa sejak beliau memulakan kerjaya sebagai seorang pekerja pejabat biasa. Menurut Forbes, Marina Budiman berada di kedudukan ke-13 daripada 50 orang yang terkaya di Indonesia. Bagi Marina, kedudukan tersebut merupakan semangat untuk Marina lebih bersemangat bagi mengembangkan kerjayanya di DCII.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*