‘Lawak La Dato’- Video Pengarah Urusan Mydin Cari Telur Undang Rasa Lucu Netizen

Tular di media sosial milik pasaraya Mydin yang memuatnaik video Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin tarik perhatian orang ramai di media sosial.

Telur Ayam Habis

Dalam video yang dimuat naik Instagram Mydin Malaysia, pemilik gedung pasaraya terbesar tanah air ini menunjukan reaksi mencari-cari telur ayam dengan berlatar belakangkan rak bahagian telur ayam yang kosong.

Video yang dimuat naik itu disertakan sekali kapsyen ringkas, yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa pasaraya tersebut kehabisan stok telur ayam.

“Pergi MYDIN nak beli telur, telur habis!”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia)

Netizen Terhibur Dan Puji Pemilik Mydin ‘Sporting’

Melihat video yang dikongsikan di akaun media sosial gedung pasaraya tersebut, ramai pengguna sosial media memberi komen rasa lucu melihat reaksi yang ditunjukan oleh pemilik gedung pasaraya tersebut.

Foto – Instagram @mydinmalaysia

“Dato’ memang ‘sporting”

“Lawak la Dato”

“Jenuh nak mencari telur ayam”

“Rak belakang tu pun kosong haaa” komen mereka

Untuk rekod, ekoran bekalan telur ayam berkurangan membuatkan banyak pasaraya dan kedai runcit cepat kehabisan stok telur ayam dan terpaksa mengambil langkah mengehadkan pembelian telur ayam kepada pelanggan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*