Gambit Saifullah Akui Sedia Terima Kec4man

GAMBIT Saifullah bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Namun, tak dinafikan namanya jarang dipaparkan media.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna karier seni Gambit yang mula diceburi pada 2006 lalu kurang bersinar kerana banyak saja filem, telefilem dan drama yang sudah dibintanginya.

Malah, untuk watak-watak pula Gambit sudah membawakan peranan sebagai hero, antag0nis dan pembantu yang rata-rata lakonannya tidak menghampakan penonton.

Memang dari segi lakonan, Gambit sudah berada dalam kelas tersendiri. Tetapi, tak kurang juga ada dakw4an mengatakan pelakon berusia 36 tahun ini seorang yang bersikap kurang mesra.

Pun begitu, bersua Gambit atau nama sebenarnya Mohd Gambit Saifullah Rosli pada sidang media secara virtual drama Suami Lelaki Pendosa, baru-baru ini, dia kelihatan cukup ramah dan terbuka menjawab soalan diberikan.

Malah, ketika membicarakan watak Izfairin lakonannya, Gambit cukup bersemangat meskipun di sisi lain dia seakan malu berikutan tuntutan watak itu yang dirasa benar-benar mencabar dirinya.

“Sebaik mendapat tawaran drama Suami Lelaki Pendosa ini, perasaan saya gementar dan bercampur-aduk. Ini kerana, skripnya menarik tetapi jalan cerita mengisahkan kehidupan ‘lelaki songs4ng’ atau hom0s3ksual.

Star-chat at Drama Festival KL

“Sebagai pelakon, ini satu cabaran buat saya dalam mempelbagaikan watak lakonan. Namun, watak Izfairin untuk drama ini amat mencabar kerana saya harus ada ‘jiwa wanita’ yang menebal,” katanya.

Selaku lelaki ‘straight’ (lelaki sejati), pasti akan kek0k dan berasa janggal juga. Namun, inilah namanya cabaran dan Gambit sedar watak itu perlu cuba direalisasikan sebaik mungkin.

Katanya, untuk rujukan dia menonton karya dari luar negara dan mujur juga gandingannya adalah Datuk Aaron Aziz. Menurut Gambit, ‘skill’ lakonan Aaron yang sudah diketahui sangat membantunya.

Gambit Saifullah sanggup lakon watak 'gay' sebab Aaron Aziz?

“Pengalaman banyak membintangi drama dengan Aaron sebelum ini amat membantu kerana kami saling kenal dan mudah berbincang. Jadi, bagi watak romantis rasanya tiada yang keterlaluan.

“Lagipun, saya biasanya akan meneliti mengenai watak di mana memikirkan kesan bakal diterima sebagai pelakon dan selebriti. Saya selesa ambil kira semuanya dari pelbagai sudut.

“Ditambah, drama Suami Lelaki Pendosa ini agak sensitif bagi segelintir penonton di Malaysia. Tetapi, inilah sebahagian realiti kehidupan sebenar dunia masa kini.

Janggal Bila Kena Sentuh Lelaki," Gambit Cabar Diri Menjiwai Watak Gay -  Tempatan - Portal Utama - CARI Infonet

“Bukan hanya di Malaysia, golongan ini (hom0s3ksual) sudah ada di negara-negara lain. Namun, apa yang cuba dipaparkan adalah berdasarkan adaptasi novel yang agak berani dan ia memang wujud di sekeliling kita,” katanya.

Mengulas kec4man netizen, Gambit berkata, sebagai individu yang membina kerjaya dalam lakonan, dia sentiasa bersedia. Lagipun apa yang dilakonkan dalam watak Izfairin itu hanya lakonan semata-mata.

“Macam saya katakan, lakonan dibawa tidak melampaui batas. Pada saya, sebagai pelakon tetap ada batasan yang boleh dilakukan sebagai individu dan muslim. Tapi, inilah tuntutan kerja saya.

“Apapun, saya harapkan penonton boleh menerima drama ini dengan bersikap terbuka. Mana mesej yang baik itu diambil dan yang sebaliknya jadikan iktibar. Ini kisah dalam masyarakat,” katanya.

Drama Suami Lelaki Pendosa kini ditayangkan di slot Samarinda TV3, sebanyak 28 episod. Karya berdasarkan novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Imamku Lelaki Pendosa ini diarahkan Eyra Rahman.

Selain Gambit dan Aaron yang melakonkan watak utama, barisan pelakon lain pula seperti Sophia Albarakbah, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Edika Yusof, Aleza Shadan, Shima Anuar dan ramai lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*