“Tak sabar nak tengok drama seterusnya” selepas Vida umum PA baru, sekali Iqbal tampil dengan pesanan mendalam buat PA baru

ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan kontr0versi Ahmad Iqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush.

Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, Iqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la… saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik.

“Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

Iqbal tak ambil tahu mengenai PA baharu Vida.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya kepada mStar.

Sikit pun saya tak terasa hati… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV

IQBAL ZULKEFLI

Usahawan

Pada malam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosial berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000.

Kisah pencarian PA oleh jutawan kosmetik ini menarik perhatian netizen sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing.

“Sikit pun saya tak terasa hati… cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya.

Diberi Gaji 4 Angka, Rupa-rupanya PA Baru DS Vida Bukan Sebarangan Latar Belakang

TAWARAN pendapatan lebih RM10,000 sebulan bukan pendorong bagi selebriti media sosial bernama Qush untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV).

Kata Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, dia sudah pun memiliki perniagaan sendiri dan mempunyai pendapatan kukuh.

Namun bagi Qush, dia mahu menimba lebih banyak pengalaman daripada Vida atau Hasmiza Othman yang diketahui berjaya membina empayar perniagaan sendiri.

“Soal bayaran gaji itu saya letak di perkara ketiga atau keempat. Ia bukan sebab utama saya terima jawatan ini.

Qush terima tawaran Vida bukan kerana wang ringgit

“Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar.

“Saya juga ada perniagaan sendiri dan Alhamdulillah punya pendapat yang kukuh,” kata Qush ketika dihubungi mStar.

Menurut pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga dia tertarik untuk menerima tawaran Vida kerana keperibadian wanita tersebut.

Bahkan kata Qush, Vida seorang yang sangat terbuka menerima pendapat orang muda untuk mencipta satu hasil yang lebih baik.

Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar

QUSH

PEMBANTU PERIBADI VIDA

“Saya melihat DSV seorang yang baik dengan pekerjanya. Beliau juga sering melakukan amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz. Itu membuat saya tertarik untuk terima tawaran ini.

“Kita semua tahu beliau seorang yang sangat spontan termasuk ketika mencipta kandungan di media sosial.

“Walaupun sudah berpengalaman, beliau sedia dan terbuka menerima idea-idea baharu. Apa yang penting adalah hasil akhir sesebuah kandungan atau produk itu,” katanya.

Qush juga akui terpaksa melupakan seketika keseronokan masa mudanya. Bagi Qush ini adalah satu peluang berharga yang mungkin tidak dapat pada orang lain.

Dalam masa sama, Qush cuba sebaik mungkin untuk bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan peribadi sendiri.

Keperibadian Vida membuka hati Qush untuk menerima tawaran sebagai bekerja

“Betul, saya kena lupakan masa untuk berseronok. DSV mahu mengajar saya untuk berjaya dalam perniagaan. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk saya.

“Saya tahu mungkin orang akan kaitkan dengan cerita-cerita peribadi apabila saya rapat dengan DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya amalkan sikap profesional.

“Lama-lama nanti orang akan nampak hasil kerja kami bersama dan berhenti bercakap perkara tidak benar,” jelasnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*