Dakw4an Notis Bankr4p, lari bayar hut4ng RM720,000. Mawar Karim Tampil Ded4h Perkara Ini Buat Individu ‘S’ Mula Kecut Perut

USAHAWAN Mawar Abdul Karim membuat laporan polis pada 15 April lalu bagi menafikan d4kwaan kononnya dia menerima pinjaman serta hut4ng sebanyak RM720,000 daripada seorang sahabat.

Peguam mewakili Mawar, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Mohd Azali Ibrahim berkata, pihaknya juga telah memberi beberapa maklumat berasakan fakta metarial yang sangat penting berkaitan k3s ini kepada pihak polis.

“Kami berharap si4satan menyeluruh dibuat bagi memastikan sama ada wujud sebarang niat jah4t, cubaan atau salah laku jen4yah berkaitan pen1puan atau apa-apa k3salahan lain yang dilakukan terhadap Mawar,” ujar peguam dalam satu kenyataan kepada media.

Mawar turut berkongsi paparan skrin kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Tetuan Zabir Imran & Partners dan Mohd Azali dari Tetuan Azali & Co.

Pada 13 April lalu, mStar melaporkan Mawar berdepan dengan tindakan pengisytiharan b4nkrap susulan dakw4an dia ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan.

Bekas isteri kepada aktor Fizo Omar itu didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hut4ngnya, justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada usahawan itu namun tiada jawapan.

Kami mengesahkan bahawa setakat hari ini, 18 April 2022, Mawar masih lagi seorang yang tidak b4nkrap.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan s4m4n di mahk4m4h Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

Dalam pada itu, peguam Mawar turut menegaskan anak guam mereka tidak menerima sebarang notis keb4nkrapan sehingga kini.

“Berkenaan dengan isu sama ada anak guam kami telah diisytiharkan sebagai seorang b4nkrap atau tidak, kami mengesahkan bahawa setakat hari ini, 18 April 2022, Mawar masih lagi seorang yang tidak bankrap.

“Tidak ada sebarang notis kebankrapan yang diserahkan kepada beliau setakat hari ini. Segala urusan berkaitan k3s ini termasuk perkembangan dan maklumat lanjut berkaitan k3s dimaklumkan oleh pihak peguam,” katanya.

Dalam pada itu, pihak peguam turut menjelaskan mengenai penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang direkodkan terhadap anak guam merka di mahk4m4h Sesyen Bandar Baru Bangi.

Mawar nafi diisytihar sebagai seorang b4nkrap.

“Kami mengesahkan bahawa terdapat satu penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang telah direkodkan terhadap anak guam kami di mahk4m4h Sesyen di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Untuk makluman, penghakiman ingkar kehadiran ini adalah satu bentuk penghakiman yang diperintahkan tanpa kehadiran defenda di mahk4m4h.

“Kami selaku pasukan peguam telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut terhadap anak guam kami pada hari ini, 18 April 2022,” katanya.

Mawar menerusi Instastory miliknya sebelum ini mendakwa dia difitn4h seorang individu digelar ‘S’ yang dianggap mempunyai niat tertentu yang bertujuan mahu memalukannya malah ia bukan kali pertama berlaku.

Berikut sedikit info mengenai Mawar Karim

SIAPA tak kenal Mawar Abdul Karim atau senang disapa Mawar Fareeda yang merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar.

Rasanya umum mengetahui, Mawar merupakan anak kepada usahawan tudung eksklusif, Fareeda.

Meskipun dilihat mempunyai perniagaan yang berjaya sekarang, tidak ramai tahu kepayahan yang dilalui Mawar pada awal pembabitannya dalam dunia perniagaan.

Pepatah ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’ amat sesuai menggambarkan kisahnya.

Menurut Mawar, pada awal bisnes ibunya hanya menjahit tudung yang ditempah rakan-rakan dan saudara-mara di kediaman mereka sahaja.

“Saya masih ingat, pada pertengahan tahun 2006 ibu mula berjinak-jinak menjahit tudung di rumah kami yang terletak di Permatang Pauh, Pulau Pinang,” katanya.

Bagi membantu ibu, Mawar menyatakan zaman remajanya terpaksa dikorbankan terutama bagi mengembangkan perniagaan tudung Fareeda yang suatu ketika dahulu langsung tidak dikenali.

Bagi tujuan itu dia melibatkan diri seawal usia 15 tahun dalam bidang fotografidengan menjadi model tudung hasil tangan ibunya sendiri.

“Saya mula jadi model tudung ibu sendiri bila kawan dari Pulau Pinang tidak dapat datang sesi fotografi.

“Alhamdulillah, pengalaman belajar mengenai fotografi menyebabkan saya tidak bermasalah untuk bergaya hadapan kamera,” ujarnya.

Mawar yang kini menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Fareeda Global Resouces Sdn Bhd akui, perlu berusaha keras demi perniagaan yang dijalankan keluarganya ini.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*