Pert1kaian Lagu Sump4h Dah Selesai, Ini Yang Naim Daniel Lakukan

PENYANYI, Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, atau Naim Daniel menganggap pertikaian berhubung penghasilan lagu terbarunya berjudul Sumpah bersama bekas kekasih, Dayana Amerda, 20, selesai.

Naim berkata, dia sudah memberi penjelasan kepada pihak yang sepatutnya dan tidak mahu masalah itu terus heboh.

“Saya tidak mahu pertikaian ini berlarutan memandangkan kes sudah selesai. Ia masalah peribadi dan tidak perlu dipanjangkan lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, ibu Dayana iaitu Aida Daud menerusi Instagram (IG) Story miliknya semalam meluahkan kekecewaan apabila Naim mengeluarkan lagu itu tanpa kebenaran sedangkan ia dihasilkan bersama.

Katanya, Dayana tidak dimaklumkan perkara terbabit dan Naim tidak meminta izin berkaitan hak cipta bersama.

“Isu di sini bila ramai yang salahkan Dayana dan kaitkan dengan lagu tu, konon Dayana tinggalkan Daim. Demi Allah, mereka sudah break (berpisah) lama dan lagu itu adalah ciptaan bersama mereka berdua,” tulisnya di IG.

Tidak lama kemudian, Aida menerusi IG sama menzahirkan penghargaan sebaik Naim menghubunginya dan meminta maaf dengan apa yang berlaku.

Sebelum ini, Naim dan Dayana yang juga bekas juara Idola Kecil pada 2011 pernah bercinta dan menghasilkan lagu itu bersama yang mengisahkan mengenai percintaan mereka.

Hubungan itu bagaimanapun terhenti sebaik Dayana mendirikan rumah tangga bulan lalu sebelum lagu berkenaan dikomersialkan dan didakwa milik Naim.

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*