Raja Salman Jemput Warga Emas Ini Dan Keluarganya Tunai Haji; Ini Yang Berlaku

SEORANG warga emas berusia 94 tahun diundang Pemerintah Arab saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Undangan tersebut disampaikan oleh raja dan putera mahkota Arab Saudi kepada seorang warga emas bernama Uhi, dari Indonesia setelah melihat videonya yang viral dan menjadi bualan di negaranya.

“Mereka juga mendakwa bahawa lelaki warga emas itu sudah berumur 130 tahun,” menurut keterangan tertulis dari Kedutaan Besar Arab Saudi di Indonesia yang diterima di Jakarta, Khamis.

Dalam video itu, Uhi bersama beberapa anggota keluarganya meminta kepada Raja Salman dan Putera Mahkota untuk menunaikan hasrat mereka yang mahu menunaikan haji di Makkah.

Selepas video itu viral, puluhan dermawan Arab Saudi turut menyatakan niat baik mereka untuk menunaikan hajat pakcik Uhi.

Akhirnya video yang viral sekitar dua minggu lalu itu sampai ke pengetahuan Raja Salman dan Putera Mahkota.

Kedua-dua mereka lantas mengarahkan supaya warga emas itu berserta sejumlah anggota keluarganya dijemput menjadi tetamu kerajaan dan menunaikan ibadah haji bagi tahun 2019.

Undangan tersebut dilakukan untuk menyampaikan khabar gembira bahawa Penjaga Dua Kota Suci Umat Islam dan Putera Mahkota Arab Saudi telah mengeluarkan arahan setelah melihat videonya itu.

Duta Besar Arab Saudi ke Indonesia, Esam Abid Althaqafi, telah mengundang pakcik Uhi dan keluarganya untuk datang ke Kedutaan Besar Arab Saudi yang terletak di Kuningan, Jakarta Selatan, Khamis.

“Kedua-duanya mengarahkan supaya proses keberangkatan ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji dilakukan segera,” kata Althaqafi, memetik Antara. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*