ADA CAKAP SYED SADDIQ PENIPU DAN BERLAKON DALAM HOSPITAL. DR AMALINA TERPAKSA BERSUARA UNTUK JELASKAN KEADAAN SEBENAR

Baru-baru ini viral foto Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang menjalani rawatan selepas seminggu menjalani pembedahan apendisitis pada Sabtu lalu. Foto dimuat naik itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya mendakwa Syed Saddiq ‘berlakon’ sakit.

Terbaru, menerusi laman twitter, Dr Amalina menafikan dakwaan dibuat sesetengah individu yang mengatakan foto itu kelihatan seperti berlakon kerana beliau merupakan pakar dalam pembedahan.

ADA KEBENARAN DALAM FOTO SYED SADDIQ DI HOSPITAL

Saya perlu menjelaskan sesuatu kerana pembedahan adalah kepakaran saya. Tidak ada yang salah dengan gambar ini. Luka apendisitis perlu dilindungi untuk mencegah jangkitan luka. BP cuff ada untuk memantau BP biasanya setiap 4 jam jika pesakit stabil. – Dr Amalina

Menurut Dr Amalina, foto yang di troll orang ramai perlu diperbetulkan dimana tiada kesilapan pada foto ini kerana luka apeddisitis perlu dilindungi agar tiada jangkitan luka padanya.

Terdahulu ade individu mendakwa YB menipu kerana Cuff BP tidak diperlukan kerana dirinya stabil serta bukanlah luka besar.

Kenyataan Dr Amalina berdasarkan gambar Syed Saddiq dan berpandukan pada fakta perubatan

Tidak ada yang salah dengan butang panggilan, ia adalah untuk pesakit untuk memanggil jururawat apabila mereka memerlukan bantuan. Telah mengatakan bahawa appendicitis adalah keadaan yang sangat biasa.

Appendicectomy laparoscopic (pembedahan lubang kunci untuk membuang lampiran) adalah salah satu operasi yang paling biasa yang kita lakukan dalam pembedahan umum. Ia biasanya bermula dengan rasa sakit di bahagian tengah abdomen dan kemudian bergerak ke bahagian bawah sebelah kanan.

Penjelasan ini turut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya berterima kasih atas penerangan terperinci ini. Malah tak kurang juga menghentam pihak yang sengaja mencetuskan kontroversi ini. Apa apa pun semoga YB Syed Saddiq kembali pulih.

Sumber : Dr Amalina via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*