Lepas 3 Tahun Wawa Zainal Kembali Berlakon, “Bakal Buat Mata Korang Bengkak”

Sedia maklum, Wawa Zainal antara selebriti yang turut menceburi bidang perniagaan dimana dia merupakan usahawan yang dikenali ramai disamping menjadi inspirasi buat peminatnya.

Meskipun kurang aktif di kaca televisyen sebagai pelakon namun Wawa Zainal tetap berkongsi perkembangannya dilaman sosial Instagram bagi mengubati rindu peminat terhadap dirinya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

rindu nya berkumpul dgn #wawawarriors mcm ni😭😭#throwback je la mampu..

Siaran dikongsi oleh Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) pada

 

Wawa juga kini semakin bahagia selepas mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki yang dikenali sebagai, Attar, Hayla dan Aya Soffya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

copia pakai baju attar😂 mmm korang ok tak tu? hehe #stayathome

Siaran dikongsi oleh Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) pada

Walau bagaimanapun, apa yang menggembirakan buat peminat dan pengikut terbaru Wawa Zainal ada mendedahkan bahawa dirinya kini kembali ke set penggambaran setelah sekian lama tidak terlibat dalam bidang lakonan.

Wawa Zainal kembali berlakon

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel ini juga bersyukur kerana sudah selesai shooting sebuah telemovie. Wawa Zainal juga memberikan bayangan bahawa karya yang dilakonkan itu bakal membuatkan mata penonton bengkak.

“After 3 years tak berlakon… Alhamdulillah da selesai shooting #sabdakasih sebuah telemovie yang bakal buat mata korang bengkak, arahan Azhari Zain.” ujarnya disamping mendedahkan nama pengarah.

Berkongsikan sekeping foto mengayakan busana serba putih, Wawa Zainal dihujani pelbagai komen pujian warganet yang memuji penampilannya.

Biarpun begitu, tentu sahaja Wawa Zainal kembali berlakon selepas tiga tahun tidak terlibat dalam bidang berkenaan membuatkan peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan.

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*