Wany Hasrita Cuba Buat Video Tutorial Memasak, “Hahha Dah Kenapa…”

Penyanyi ayu dan sopan bernama Wany Hasrita ini memiliki kelompok peminatnya yang tersendiri. Memiliki suara gemersik, muzik video dengan lagu berjudul Canggung dari Wany Hasrita kini sudah mencecah lebih 5 juta tontonan. Hebat!

Jika sebelum ini gelagat Wany Hasrita bermain PUBG menjadi perhatian ramai, kali ini penyanyi ini cuba buat video tutorial memasak pula. Menerusi video pendek yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, Wany Hasrita dengan selamba menuang gula ke dalam penapis dan mengayaknya. Nampak dah macam pelik gayanya tu…

Memang pelik pun! “Aku pun tak faham kenapa aku letak gula dalam ni”, kata Wany Hasrita dalam video pendek tersebut. Berikut adalah rakaman Wany Hasrita cuba buat video tutorial memasak tersebut:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

NENGOK LA WANY BUAT APA DGN GULA TU! 😩 . Kalau nk tau wany buat apa CLICK LINK ON BIO & JANGAN LUPA SUBSCRIBE‼️

Siaran dikongsi oleh WH (@wanyhasrita) pada

Biarpun hanya video teaser, namun rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Wany Hasrita ini. Berikut antara reaksi mereka yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Hahahha dah kenapa dik”

“Saya tengok video Wany terus cari barang nak buat. Tq Wany share resepi”

“Ulang banyak kali weh..Mula2 blur pastu macam eh eh tiberr”

Ini pula video penuh tutorial darinya yang dikongsikan menerusi Youtube. Rupa-rupanya Wany Hasrita mahu buat biskut chocolate chip. Nampak macam amatur je tu?

Apa-apa pun berjaya juga Wany Hasrita buat biskut chocolate chip itu ya!

 

 

Sumber:  HCL 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*